Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Rabu, 22 Mei 2019 9:22 am

Soalan-soalan Lazim 
Log Masuk dan Pendaftaran
Kenapa saya tak boleh log masuk?
Kenapa saya perlu mendaftar?
Kenapa saya log keluar secara automatik?
Bagaimanakah saya mengelak nama pengguna saya daripada dipaparkan dalam senarai pengguna dalam talian?
Saya terlupa kata laluan!
Saya sudah mendaftar tetapi masih tak boleh log masuk!
Saya telah mendaftar sebelum ini, tapi sekarang sudah tidak boleh log masuk?!
Apakah COPPA?
Kenapa saya tak boleh mendaftar?
Apakah fungsi pautan “Hapuskan semua kuki”?

Keutamaan dan Tetapan Pengguna
Bagaimanakah saya mengubah tetapan saya?
Waktu yang ditunjukkan adalah salah!
Saya telah menukar zon waktu tetapi waktu yang ditunjukkan tetap salah!
Bahasa saya tiada dalam senarai!
Bagaimanakan saya menunjukkan imej di bawah nama pengguna saya?
Apakah pangkat saya dan bagaimanakah saya menukarnya?
Bila saya mengklik pautan e-mel bagi penggumna, ia meminta saya untuk log masuk?

Pengiriman
Bagaimanakan saya mengirim topik dalam sesebuah forum?
Bagaimanakah saya menyunting ata menghapuskan sesebuah kiriman?
Bagaimanakan saya meenambahkan tandatangan kepada kiriman saya?
Bagaimanakan saya mencipta tinjauan?
Kenapa saya tidak boleh menambahkan pilihan undian?
Bagaimanakan saya menyunting atau menghapuskan tinjauan?
Kenapa saya tidak boleh membuka sesebuah forum?
Kenapa saya tidak boleh menambahkan lampiran?
Kenapa saya menerima amaran?
Bagaimanakan saya melaporkan kiriman kepada pengendali?
Apakah fungsi butang “Simpan” pada borang pengiriman?
Kenapa kiriman saya perlu disahkan terlebih dahulu?
Bagaimanakah saya menaikkan topik saya?

Pemformatan dan Jenis Topik
Apakah BBCode?
Bolehkah saya menggunakan HTML?
Apakah Emotikon?
Bolehkah saya mengirim imej?
Apakah pengumuman global?
Apakah pengumuman?
Apakah topik lekat?
Apakah topik yang dikunci?
Apakah ikon topik?

Peringkat dan Kumpulan Pengguna
Apakah pentadbir?
Apakah pengendali?
Apakah kumpulan pengguna?
Di manakah kumpulan pengguna, dan bagaimanakah saya menyertainya?
Bagaimanakah saya menjadi pemimpin bagi kumpulan pengguna?
Kenapa sesetengah kumpulan pengguna ditunjukkan dalam warna yang berlainan?
Apakah “kumpulan pengguna lalai”?
Apakah makna pautan “Pasukan”?

Mesej Peribadi
Saya tidak boleh menghantar mesej peribadi!
Saya tetap menerima mesej peribadi yang tidak diingini!
Saya telah menerima sebuah e-mel spam atau menyakitkan hati daripada seseorang pada forum ini!

Rakan dan Seteru
Apakah senarai Rakan dan Seteru?
Bagaimanakah saya menambah/membuang pengguna ke dalam senarai Rakan atau Seteru?

Mencari dalam Forum
Bagaimanakah saya mencari dalam forum?
Kenapa carian saya tidak memulangkan sebarang keputusan?
Kenapa carian saya memulangkan sebuah laman kosong!?
Bagaimanakah saya mencari ahli lain?
Bagaimanakah saya mencari kiriman-kiriman dan topik-topik milik saya?

Langganan dan Penanda Topik
Apakah beza antara menanda dan melanggan?
Bagaimanakah saya melanggan sesebuah forum atau topik?
Bagaimanakah saya menghentikan langganan saya?

Lampiran
Apakah jenis lampiran yang dibenarkan pada forum ini?
Bagaimanakah saya mencari semua lampiran saya?

phpBB 3
Siapakah yang membangunkan forum ini?
Kenapa ciri X tiada?
Siapakah saya harus hubungi mengenai penyalahgunaan atau bahan undang-undang yang berkaitan dengan forum ini?

 

Log Masuk dan Pendaftaran 
» Kenapa saya tak boleh log masuk?
Terdapat beberapa sebab yang mungkin bagi masalah ini. Pertama, sila pastikan bahawa nama pengguna dan kata laluan anda adalah betul. Jika ya, sila hubungi pemilik bagi forum ini untuk memastikan bahawa anda tidak disekat. Boleh jadi yang pemilik tapak web ini mempunyai tetapan yang salah, dan mereka perlu membaikinya.

Atas

» Kenapa saya perlu mendaftar?
Mungkin anda tidak perlu, segalanya bergantung atas budi bicara pentadbir sama ada anda perlu mendaftar terlebih dahulu atau tidak untuk mengirim mesej. Walau bagaimanapun, dengan mendaftar, anda akan mempunyai akses kepada ciri-ciri tambahan yang tidak diperolehi oleh tetamu biasa seperti imej avatar sendiri, mesej peribadi, meng-e-mel pengguna lain, menyertai kumpulan pengguna dan sebagainya. Pendaftaran hanya mengambil masa yang singkat, oleh itu anda digalakkan untuk berbuat demikian.

Atas

» Kenapa saya log keluar secara automatik?
Jika anda tidak menyemak kotak Log masuk secara automatik ketika log masuk, forum ini hanya akan mengekalkan status log masuk anda pada tempoh yang terhad. Ini boleh mengelak akaun daripada disalahgunakan oleh orang lain. Untuk mengekalkan status log masuk, sila semak kotak tersebut. Perbuatan ini tidak digalakkan jika anda membuka forum ini menggunakan komputer awam, seperti di perpustakaan, kafe internet, makmal komputer universiti dan sebagainya. Jika anda tidak dapat melihat kotak ini, maka ciri ini mungkin telah dimatikan oleh pentadbir.

Atas

» Bagaimanakah saya mengelak nama pengguna saya daripada dipaparkan dalam senarai pengguna dalam talian?
Dalam Panel Kawalan Pengguna, pada bahagian “Keutamaan forum”, anda akan menjumpai pilihan Sembunyikan status dalam talian anda. Tandakan pilihan ini, dan anda hanya akan dilihat oleh pentadbir, pengendali dan diri anda sendiri. Anda akan dianggap sebagai penggun tersembunyi.

Atas

» Saya terlupa kata laluan!
Jangan risau! Walaupun kata laluan anda tiak boleh didapatkan semula, ia boleh diset semula dengan mudah. Buka laman log masuk dan klik Saya terlupa kata laluan. Ikuti arahan yang diberikan dan anda akan boleh log masuk seperti biasa.

Atas

» Saya sudah mendaftar tetapi masih tak boleh log masuk!
Pertama, sila semak nama pengguna dan kata laluan anda. Jika kedua-duanya betul, maka mungkin berlaku salah satu daripada dua perkara ini. Jika sokongan COPPA dihidupkan dan anda menyatakan bahawa umur anda kurang daripada 13 tahun ketika pendaftaran, anda perlu mengikuti semua arahan yang diterima. Sesetengah forum juga mewajibkan pendaftaran baru supaya diaktifkan terlebih dahulu, sama ada oleh diri anda sendiri ataupun seorang pentadbir selelum anda boleh melog masuk; maklumat ini akan dinyatakan pada waktu pendaftaran. Jika anda menerima e-mel daripada kami, sila ikuti arahan yang diberikan. Jika anda tidak meneriba sebarang e-mel, anda mungkin telah memberikan alamat e-mel yang salah atau e-mel kami telah disekat oleh penapis spam. Jika anda yakin bahawa alamat e-mel yang anda berikan adalah betul, sila hubungi pentadbir untuk mendapatkan bantuan.

Atas

» Saya telah mendaftar sebelum ini, tapi sekarang sudah tidak boleh log masuk?!
Cari e-mel yang dikirim kepada anda ketika pendaftaran, semak nama pengguna dan kata laluan dan cuba lagi. Mungkin seorang pentadbir telah menyahaktifkan atau menghapuskan akaun anda atas sebab tertentu. Biasanya, forum akan membuang pengguna yang tidak mengirim dalam tempoh yang lama untuk menjimatkan saiz pangkalan data. Jika perkara ini berlaku, cuba daftar lagi dan libatkan diri dalam perbincangan.

Atas

» Apakah COPPA?
COPPA, atau Child Online Privacy and Protection Act (Akta Privasi dan Pelindungan Kanak-kanak Dalam Talian) pada tahun 1998, ialah sebuah akta yang berkuatkuasa di Amerika Syarikat yang mewajibkan semua tapak web yang mengumpulkan maklumat daripada kanak-kanak berusia bawah 13 tahun supaya memohon persetujuan daripada ibu, bapa atau penjaga untuk membenarkan pengutipan maklumat pengenalan peribadi. Sila hubungi penasihat undang-undang anda untuk bantuan. Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan phpBB tidak boleh menyediakan nasihat undang-undang, malahan tidak boleh dihubungi untuk sebarang hal yang berkaitan dengan undang-undang, kecuali yang telah digariskan di bawah ini.

Atas

» Kenapa saya tak boleh mendaftar?
Barangkali pemilik tapak web ini telah menyekat alamat IP anda atau tidak membenarkan nama pengguna yang anda ingin daftarkan. Pemilik tapak web juga mungkin telah menutup pendaftaran untuk mengehadkan pendaftaran oleh pengunjung baru. Sila hubungi pentadbir untuk mendapatkan bantuan.

Atas

» Apakah fungsi pautan “Hapuskan semua kuki”?
Pautan ini menghapuskan semua kuki yang dicipta oleh phpBB yang memastikan diri anda disahkan dan log masuk ke dalam forum ini. Ia juga menyediakan fungsi-fungsi lain seperti jejak pembacaan (jika dibenarkan oleh pentadbir). Sekiranya anda mengalami masalah ketika log masuk atau log keluar, pautan ini sedikit sebanyak boleh membantu.

Atas


Keutamaan dan Tetapan Pengguna 
» Bagaimanakah saya mengubah tetapan saya?
Jika anda adalah pengguna berdaftar, semua tetapan anda disimpan dalam pangkalan data kami. Untuk mengubah tetapan anda, buka Panel Kawalan Pengguna; pautan biasanya dijumpai di sebelah atas. Sistem ini membenarkan anda menukar mana-mana tetapan dan keutamaan.

Atas

» Waktu yang ditunjukkan adalah salah!
Barangkali waktu yang ditunjukkan adalah daripada zon waktu yang berlainan daripada zon waktu yang anda berada. Jika ini sebabnya, sila lawat Panel Kawalan Pengguna dan tukar zon waktu anda kepada kawasan yang anda duduki, seperti London, Paris, New York, Sydney, dan lain-lain. Sila ambil perhatian bahawa penukaran zon waktu, seperti tetapan yang lain, hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar. Jika anda belum mendaftar, inilah peluang anda.

Atas

» Saya telah menukar zon waktu tetapi waktu yang ditunjukkan tetap salah!
Jika anda pasti bahawa anda telah menetapkan zon waktu dan Waktu Musim Panas/DST dengan betul dan waktu yang ditunjukkan masih salah, maka waktu yang disimpan pada jam komputer pelayan adalah salah. Sila beritahu seorang pentadbir untuk membetulkan masalah ini.

Atas

» Bahasa saya tiada dalam senarai!
Mungkin si pentadbir belum memasang bahasa anda atau tiada sesiapa yang menterjemah forum ini ke dalam bahasa anda. Cuba mohon daripada pentadbir supaya mereka memasang set bahasa yang anda perlukan. Jika set bahasa tersebut tiada, anda boleh mencipta penterjemahan baru. Maklumat lanjut boleh didapati pada tapak web phpBB (sila lihat pautan pada sebelah bawah laman ini).

Atas

» Bagaimanakan saya menunjukkan imej di bawah nama pengguna saya?
Terdapat dua imej yang boleh muncul di bawah nama pengguna apabila melihat kiriman. Bergantung atas gaya yang digunakan, imej pertama mungkin berkaitan dengan pangkat anda, biasanya dalam bentuk bintang, blok atau titik, menunjukkan berapa banyak kiriman yang telah anda tulis atau status anda pada forum ini. Imej kedua, biasanya lebih besar, dikenali sebagai avatar dan biasanya unik atau persendirian bagi setiap pengguna. Pentadbir boleh menentukan untuk membenarkan penggunaan avatar dan pilih the way in which avatars can be made available. Jika anda tidak boleh menggunakan avatar, sila hubungi pentadbir dan tanyakan alasan mereka.

Atas

» Apakah pangkat saya dan bagaimanakah saya menukarnya?
Pangkat, yang muncul di bawah nama pengguna anda, menunjukkan bilangan kiriman yang telah anda tulis atau memperkenalkan diri pengguna-pengguna tertentu, seperti pengendali dan pentadbir. Biasanya, anda tidak boleh menukar nama bagi pangkat-pangkat ini kerana ia telah ditetapkan oleh pentadbir. Anda dilarang menyalahgunakan forum ini dengan menulis kiriman yang terlalu banyak hanya untuk mrnaikkan pangkat anda. Kebanyakan forum tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan ini, dan pengendali atau pentadbir boleh menurunkan semula bilangan kiriman anda pada bila-bila masa.

Atas

» Bila saya mengklik pautan e-mel bagi penggumna, ia meminta saya untuk log masuk?
Hanya pengguna yang berdaftar boleh mengirim e-mel kepada pengguna lain melalui borang e-mel yang terbina dalam, dan hanya jika pentadbir menghidupkan ciri ini. Ini adalah untuk mengelak penggunaan sistem e-mel ini secara bebas.

Atas


Pengiriman 
» Bagaimanakan saya mengirim topik dalam sesebuah forum?
Untuk mengirim topik baru dalam sesebuah forum, sila klik butang yang berkaitan terdapat pada laman forum atau topik. Anda mungkin perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mengirim mesej. Senarai keizinan anda pada setiap forum boleh dilihat di sebelah bawah laman forum atau topik. Contoh: Anda boleh mengirim topik baru, anda boleh mengundi dalam tinjauan, dan sebagainya.

Atas

» Bagaimanakah saya menyunting ata menghapuskan sesebuah kiriman?
Kecuali jika anda adalah seorang pentadbir atau pengendali, anda hanya boleh menyunting atau menghapuskan kiriman anda sendiri. Anda boleh menyunting sesebuah kiriman dengan mengklik butang sunting bagi kiriman yang berkaitan, kadang-kadang hanya bagi tempoh yang terhad selepas kiriman tersebut dibuat. Jika seseorang telah pun menjawab kiriman tersebut, anda akan melihat teks kecil di bawah kiriman tersebut apabila anda kembali ke topik tersebut yang menyenaraikan bilangan penyuntingan berserta tarikh dan waktu. Ini akan akan muncul apabila kiriman tersebut dijawab; ia tidak akan muncul jika seornag pengendali atau pentadbir menyunting kiriman tersebut, namun mereka boleh meninggalkan nota yang menyatakan sebab penyuntingan. Sila ambil perhantian bahawa pengguna biasa tidak boleh menghapuskan kiriman sebaik sahaja kiriman tersebut dijawab.

Atas

» Bagaimanakan saya meenambahkan tandatangan kepada kiriman saya?
Untuk menambahkan tandatangan, anda mesti menciptakannya terlebih dahulu melalui Panel Kawalan Pengguna. Sebaik sahaja tandatangan anda diciptakan, anda boleh menyemak kotak Tambah tandatangan pada borang pengiriman untuk menambahkan tandatangan anda. Anda juga boleh menambahkan tandatangan secara lalai kepada semua kiriman anda dengan menyemak butang yang berkaitan dalam profil anda. Pun begitu, jika anda melalukan sedemikian, anda masuh juga boleh mengelak tandatangan daripada ditambahkan kepada kiriman individu dengan membuang semak kotak tambah tandatangan dalam borang pengiriman.

Atas

» Bagaimanakan saya mencipta tinjauan?
Apabila mengirim topik baru atau menyunting kiriman pertama bagi sesebuah topik, klik pada tab "Cipta tinjauan" di bawah borang pengiriman; jika anda tidak menjumpai tab tersebut, maka anda tidak diizinkan untuk mencipta tinjauan. Sila masukkan tajuk dan sekurang-kurangnya dua pilihan dalam medan yang berkaitan, dan pastikan setiap pilihan diletakkan pada baris yang berasingan dalam kawasan teks tersebut. Anda juga boleh menetapkan bilangan pilihan yang boleh diundi oleh pengguna melalui tetapan “Bilangan undian bagi setiap pengguna”, had waktu dalam hari bagi tinjauan tersebut (0 untuk tiada had) dan akhir sekali memilih untuk membenarkan pengguna mengubah undian mereka.

Atas

» Kenapa saya tidak boleh menambahkan pilihan undian?
Had bagi jumlah pilihan ditetapkan oleh pentadbir. Jika anda mahu menambahkan pilihan lebih daripada jumlah yang dibenarkan, sila hubungi pentadbir.

Atas

» Bagaimanakan saya menyunting atau menghapuskan tinjauan?
Seperti kiriman, tinjauan hanya boleh disunting oleh pengirim asal, pengendali atau pentadbir. Untuk menyunting tinjauan, klik pautan sunting pada kiriman pertama dalam topik tersebut. Jika belum ada sesiapa mengundi, pengguna boleh menghapuskan tinjauan tersebut atau menyunting pilihan undian. Walau bagaimanapun, jika sudah terdapat undian daripada ahli, hanya pengendali atau pentadbir boleh menyunting atau menghapuskannya. Ini mengelak pilihan undian daripada ditukar ketika tinjauan dijalankan.

Atas

» Kenapa saya tidak boleh membuka sesebuah forum?
Sesetengah forum mungkin dihadkan kepada pengguna atau kumpulan tertentu. Untuk melihat, membaca, megirim atau melakukan tindakan lain, anda perlukan kebenaran khas. Sila hubungi pengendali atau pentadbir untuk diberi keizinan.

Atas

» Kenapa saya tidak boleh menambahkan lampiran?
Keizinan lampiran adala diberikan pada forum, kumpulam, atau pengguna tertentu. Pentadbir mungkin tidak membenarkan lampiran ditambahkan bagi forum yang anda kirim di dalamnya, atau hanya kumpulan-kumpulan tertentu boleh mengirim lampiran. Sila hubungi pentadbir jika anda tidak pasti kenapa anda tidak boleh mengirim lampiran.

Atas

» Kenapa saya menerima amaran?
Setiap forum mempunyai peraturan-peraturan tersendiri. Jika anda melanggar mana-mana peraturan, anda boleh diberi amaran. Sila ambil perhatian bahawa ini adalah keputusan mutlak daripada pentadbir, dan Kumpulan phpBB tidak bertanggungjawab terhadap amaran yang anda terima pada forum ini. Sila hubungi pentadbir jika anda tidak pasti kenapa anda diberi amaran.

Atas

» Bagaimanakan saya melaporkan kiriman kepada pengendali?
Jika dibenarkan oleh pentadbir, anda boleh melihat sebuah butang untuk melaporkan kiriman di sebelah kiriman yang anda mahu laporkan. Sila klik butang ini dan ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk melaporkan kiriman tersebut.

Atas

» Apakah fungsi butang “Simpan” pada borang pengiriman?
Butang ini membolehkan anda untuk menyimpan mesej yang belum siap dan merancang untuk menghantar kiriman tersebut pada waktu lain. Untuk membuka semula mesej yang disimpan, sila kunjungi Panel Kawalan Pengguna.

Atas

» Kenapa kiriman saya perlu disahkan terlebih dahulu?
Pentadbir mungkin telah memutuskan bahawa kiriman dalam topik tersebut perlu dikaji semula sebelum dihantar. Mungkin juga pentadbir telah meletakkan anda dalam kumpulan yang mana kiriman mereka perlu dikaji semula sebelum dihantar. Sila hubungi pentadbir untuk butiran lanjut.

Atas

» Bagaimanakah saya menaikkan topik saya?
Dengan mengklik pautan “Naikkan topik” ketika anda melihat topik tersebut, anda boleh menaikkan topik tersebut kepada bahagian teratas forum tersebut pada muka pertama. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menjumpai pautan ini, maka penaikkan topik mungkin tidak dibenarkan atau waktu yang diberikan antara penaikkan belum sampai. Anda juga boleh menaikkan topik tersebut dengan hanya menjawabnya, walau bagaimanapun, sila ikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan apabila anda berbuat sedemikian.

Atas


Pemformatan dan Jenis Topik 
» Apakah BBCode?
BBCode ialah sebuah pelaksanaan khas bagi HTML, menawarkan kawalan pemformatan yang baik bagi objek-objek tertentu dalam kiriman. Penggunaan BBCode adalah atas kebenaran pentadbir, walau bagaimanapun ia boleh dimatikan pada kiriman-kiriman individu daripada borang pengiriman, BBCode adalah serupa dengan HTML, cuma tag diapit dengan kurungan petak [ dan ] dan bukannya < dan >. Untuk maklumat lanjut mengenai BBCode, sila lihat panduan yang boleh dicapai melalui laman pengiriman.

Atas

» Bolehkah saya menggunakan HTML?
Tidak. Kod HTML yang dikirim pada forum ini tidak akan dipaparkan sebagai HTML. Kebanyakan pemformatan yang ada dalam HTML boleh dihasilkan menggunakan BBCode.

Atas

» Apakah Emotikon?
Emotikon ialah imej kecil yang boleh digunakan untuk menggambarkan perasaan menggunakan kod pendek, contohnya :) menunjukkan perasaan gembira, manakala :( menunjukkan perasaan sedih. Senarai penuh emotikon boleh dilihat dalam borang pengiriman. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan melebih-lebihkan penggunaan emotikon, kerana ia boleh menyebabkan kiriman anda sukar dibaca dan mungkin akan disunting atau terus dibuang oleh pengendali. Pentadbir juga boleh menetapkan had jumlah emotikon yang boleh digunakan dalam sesebuah kiriman.

Atas

» Bolehkah saya mengirim imej?
Ya, imej boleh ditunjukkan dalam kiriman-kiriman anda. Jika pentadbir membenarkan lampiran, anda boleh memuat naik imej kepada forum ini. Sebaliknya, anda mesti menggunakan pautan ke imej yang disimpan pada pelayan web umum, contohnya e.g. http://www.contoh.com/gambarku.gif. Anda tidak boleh membuat pautan ke gambar yang disimpan dalam komputer sendiri (melainkan komputer anda adalah sebuah pelayan yang boleh diakses secara umum) ataupun imej yang disimpan pada tapak web yang dilindungi kata laluan, dan sebagainya. Untuk memaparkan imej tersebut, sila gunakan tag BBCode [img].

Atas

» Apakah pengumuman global?
Pengumuman global mengandungi maklumat penting dan anda mestilah seboleh-bolehnya membaca pengumuman tersebut. Pengumuman ini dipaprkan di sebelah atas setiap forum dan di dalam Panel Kawalan Pengguna. Keizinan mengirim pengumuman global diberikan oleh pentadbir.

Atas

» Apakah pengumuman?
Pengumuman seringkali mengandungi maklumat penting bagi forum yang sedang anda baca dan anda mestilah seboleh-bolehnya membaca pengumuman ini. Pengumuman dipaparkan di sebelah atas setiap laman dalam forum di mana ia dikirimkan. Seperti pengumuman global, keizinan mengirim pengumuman diberikan oleh pentadbir.

Atas

» Apakah topik lekat?
Topik lekat dalam forum dipaparkan di bawah pengumuman dan hanya pada muka pertama. Topik-topik ini selalunya agak penting, oleh itu anda haruslah membacanya kalau boleh. Seperti pengumuman dan pengumuman global, keizinan mengirim topik lekat diberikan oleh pentadbir.

Atas

» Apakah topik yang dikunci?
Topik yang dikunci ialah topik yang tidak boleh dijawab oleh pengguna dan tinjauan pada dalamnya dihentikan secara automatik. Topik boleh dikunci kerana sebab-sebab tertentu dan ditetapkan oleh pengendali atau pentadbir. Anda juga mungkin boleh mengunci topik-topik anda sendiri bergantung kepada keizinan yang diberikan oleh pentadbir.

Atas

» Apakah ikon topik?
Ikon topik ialah imej yang dipilih oleh si pengarang yang menggambarkan kiriman beliau. Kebolehan menggunakan ikon topik adalah bergantung kepada keizinan yang ditetapkan oleh pentadbir.

Atas


Peringkat dan Kumpulan Pengguna 
» Apakah pentadbir?
Pentadbir ialah ahli yang diberikan kawalan paling tinggi terhadap seluruh forum ini. Ahli-ahli ini boleh mengawal setiap sudut operasi forum ini, termasuklah menetapkan keizinan, menyekat pengguna, mencipta kumpulan atau pengendali dan sebagainya, bergantung atas pengasas forum ini dan keizinan yang beliau berikan kepada pentadbir lain. Mereka juga memiliki kebolehan pengendalian penuh dalam semua forum, juga bergantung atas tetapan yang diberikan oleh pengasas forum ini.

Atas

» Apakah pengendali?
Pengendali ialah individu (atau sekumpulan individu) yang menjaga forum pada setiap hari. Mereka mempunyai kuasa untuk mrnyunting atau menghapuskan kiriman dan mengunci, membuka kunci, memindahkan, menghapuskan dan memisahkan topik-topik dalam forum yang mereka kendalikan. Biasanya, pengendali dilantik untuk mengelak pengguna daripada membuat kiriman luar topik atau yang tidak sepatutnya.

Atas

» Apakah kumpulan pengguna?
Kumpulan pengguna membahagikan komuniti ini kepada bahagian-bahagian yang mudah diuruskan oleh pentadbir. Setiap pengguna boleh menyertai beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan boleh diberikan keizinan-keizinan khas. Ini menyediakan kaedah yang mudah bagi pentadbir untuk menukar keizinan untuk ramai pengguna sekaligus, seperti menukar keizinan pengendalian atau memberikan pengguna akses kepada forum yang terlindung.

Atas

» Di manakah kumpulan pengguna, dan bagaimanakah saya menyertainya?
Anda boleh melihat semua kumpulan pengguna melalui pautan “Kumpulan pengguna” daripda dalam Panel Kawalan Pengguna. Jika anda mahu menyertai sesebuah kumpulan, sila klik butang yang berkaitan. Walau bagaimanapun, bukan semua kumpulan memberikan akses bebas. Sesetangah forum mungkin memerlukan pengesahan sebelum disertai, sesetengah pula mungkin ditutup dan sesetengah pula mungkin mempunyai keahlian tersembunyi. Jika kumpulan tersebut terbuka, anda boleh menyertainya dengan mengklik butang berkaitan. Jika sesebuah kumpulan memerlukan pengesahan, anda boleh membuat pemohonan untuk menyertainya dengan mengklik butang yang berkaitan. Pemimpin kumpulan pengguna tersebut akan mengesahkan pemohonan anda dan mungkin menanyakan anda kenapa anda mahu menyertai kumpulan tersebut. Anda dilarang menganggu pemimpin kumpulan jika beliau menolak pemohonan anda; beliau mempunyai alasan tersendiri.

Atas

» Bagaimanakah saya menjadi pemimpin bagi kumpulan pengguna?
Seorang pemimpin kumpulan pengguna biasanya dilantik apabila sesebuah kumpulan pengguna baru sahaja ditubuhkan oleh pentadbir. Jika anda berminat dalam menubuhkan sebuah kumpulan pengguna, anda mesti hubungi pentadbir terlebih dahulu; cuba kirimkan sebuah mesej peribadi kepada beliau.

Atas

» Kenapa sesetengah kumpulan pengguna ditunjukkan dalam warna yang berlainan?
Pentadbir boleh menentukan warna khas bagi ahli-ahli kumpulan pengguna tertentu untuk memudahkan beliau mengenal pasti ahli kumpulan tersebut.

Atas

» Apakah “kumpulan pengguna lalai”?
Jika anda adalah ahli bagi lebih daripada sebuah kumpulan pengguna, kumpulan pengguna lalai anda digunakan untuk menentukan warna dan pangkat kumpulan yang akan ditunjukkan kepada anda. Pentadbir boleh mengizinkan anda untuk menukar kumpulan pengguna lalai melalui Panel kawalan Pengguna.

Atas

» Apakah makna pautan “Pasukan”?
Laman ini menyenaraikan kakitangan forum ini, termasuk pentadbir dan pengendali serta butir-butir lain.

Atas


Mesej Peribadi 
» Saya tidak boleh menghantar mesej peribadi!
Terdapat tiga sebab mengapa ini berlaku; anda tidak mendaftar/log masuk, pentadbir mematikan ciri mesej peribadi bagi keseluruhan forum ini, atau pentadbir menyekat anda daripada mengirim mesej. Sila hubungi pentadbir untuk maklumat lanjut.

Atas

» Saya tetap menerima mesej peribadi yang tidak diingini!
Anda boleh menyekat seseorang pengguna daripada mengirim mesej peribadi kepada anda dengan menggunakan peraturan mesej yang terdapat dalam Panel Kawalan Pengguna. Jika anda menerima mesej peribadi yang menyakitkan hati daripada seseorang pengguna tertentu, sila beritahu pentadbir; mereka mempunyai kuasa untuk menyekat seseorang pengguna daripada mengirim mesej peribadi.

Atas

» Saya telah menerima sebuah e-mel spam atau menyakitkan hati daripada seseorang pada forum ini!
Kami meminta maaf atas kesulitan yang anda hadapi. Ciri borang e-mel pada forum ini mengandungi pengawal keselamatan yang akan cuba menjejaki pengguna yang membuat kiriman tersebut, oleh itu anda perlu meng-e-melkan salinan penuh bagi e-mel yang anda terima kepada pentadbir. Adalah amat penting bahawa e-mel ini disertakan dengan pengatas yang mengandungi butiran pengguna yang mengirim e-mel tersebut. Pentadbir kemudiannya boleh mengambil tindakan seterusnya.

Atas


Rakan dan Seteru 
» Apakah senarai Rakan dan Seteru?
Anda boleh menggunakan senarai ini untuk mengatur ahli lain. Ahli-ahli yang ditambahkan ke dalam senarai rakan anda akan disenaraikan dalam Panel Kawalan Pengguna sebagai akses pantas untuk anda melihat status dalam talian mereka dan untuk mengirim mesej peribadi kepada mereka. Bergantung atas sokongan templat, kiriman-kiriman daripada pengguna ini juga mungkin diserlahkan. Jika anda menambahkan seseorang pengguna ke dalam senarai seteru, sebarang kiriman daripada mereka akan disembunyikan.

Atas

» Bagaimanakah saya menambah/membuang pengguna ke dalam senarai Rakan atau Seteru?
Anda boleh menambahkan pengguna ke dalam senarai anda melalui dua cara. Di dalam profil setiap pengguna terdapat sebuah pautan untuk menambahkan pengguna tersebut ke dalam senarai Rakan atau Seteru anda. Ataupun, daripada Panel Kawalan Pengguna, anda boleh menambahkan pengguna secara terus dengan memasukkan nama mereka. anda juga boleh membuang pengguna daripada sebarai anda dengan menggunakan laman yang sama.

Atas


Mencari dalam Forum 
» Bagaimanakah saya mencari dalam forum?
Sila masukkan sebutan carian dalam kotak carian yang terletak pada laman indeks, forum atau topik. Carian terperinci boleh dibuka dengan mengklik pautan "Carian Terperinci" yang terdapat pada semua laman forum. Kaedah membuka laman carian tersebut mungkin bergantung kepada gaya yang digunakan.

Atas

» Kenapa carian saya tidak memulangkan sebarang keputusan?
Carian anda mungkin terlalu kabur dan mengandungi banyak sebutan umum yang tidak terdapat dalam indeks yang dihasilkan oleh phpBB. Masukkan sebutan yang lebih spesifik dan gunakan pilihan yang ada dalam Carian terperinci.

Atas

» Kenapa carian saya memulangkan sebuah laman kosong!?
Carian anda memulangkan terlalu banyak keputusan untuk diproses oleh pelayan web. Gunakan “Carian terperinci” dan gunakan sebutan dan carian dalam forum yang lebih spesifik.

Atas

» Bagaimanakah saya mencari ahli lain?
Sila kunjungi laman "Senarai ahli" dan klik pautan "Cari ahli".

Atas

» Bagaimanakah saya mencari kiriman-kiriman dan topik-topik milik saya?
Kiriman-kiriman anda boleh dicari dengan mengklik “Cari kiriman pengguna ini” dalam Panel Kawalan Pengguna atau melalui laman profil anda. Untuk mencari topik-topik milik anda, sila gunakan laman Carian terperinci dan isikan pilihan yang berkaitan dengan nilai yang sepatutnya.

Atas


Langganan dan Penanda Topik 
» Apakah beza antara menanda dan melanggan?
Menanda topik dalam phpBB3 adalah lebih kurang sama dengan menanda laman dalam pelayar web anda. Anda tidak diberitahu jika terdapat kiriman baru, akan tetapi anda boleh kembali kepada topik tersebut pada waktu lain. Langganan pula akan memberitahu anda apabila terdapat kiriman baru bagi topik atau forum melalui kaedah yang anda tentukan.

Atas

» Bagaimanakah saya melanggan sesebuah forum atau topik?
Untuk melanggan sesebuah forum, sila klik pautan “Langgan forum” selepas memasuki forum tersebut. Untuk melanggan topik, jawab topik tersebut dan semak kotak langganan atau klik pautan “Langgan topik” yang terdapat dalam topik itu sendiri.

Atas

» Bagaimanakah saya menghentikan langganan saya?
Untuk menghentikan langganan anda, sila pergi ke Panel Kawalan Pengguna dan buka laman langganan.

Atas


Lampiran 
» Apakah jenis lampiran yang dibenarkan pada forum ini?
Setiap pentadbir boleh membenarkan atau tidak membenarkan jenis-jenis lampiran tertentu. Jika anda tidak pasti apa yang dibenarkan untuk dimuat naik, sila hubungi pentadbir untuk bantuan.

Atas

» Bagaimanakah saya mencari semua lampiran saya?
Untuk mencari senarai lampiran yang telah anda muat naik, sila pergi ke Panel Kawalan Pengguna dan buka laman lampiran.

Atas


phpBB 3 
» Siapakah yang membangunkan forum ini?
Perisian ini (dalam bentuk asal) dihasilkan, dikeluarkan, dan adalah hak cipta Kumpulan phpBB. Ia dikeluarkan di bawah Lesen Awam Am GNU dan boleh diedarkan secara bebas. Lihat pautan yang diberikan untuk butiran lanjut.

Atas

» Kenapa ciri X tiada?
Perisian ini ditulis oleh dan dilesenkan melalui Kumpulan phpBB. Jika anda rasakan sesebuah ciri perlu ditambahkan, sila lawati tapak web phpbb.com dan lihat apa yang diperkatakan oleh Kumpulan phpBB. Anda dilarang mengirim pemohonan ciri kepada forum di phpbb.com, kumpulan ini menggunakan SourceForge untuk menguruskan penugasan ciri-ciri baru. Sila baca forum kami dan lihat, jika anda, apa keputusan kami terhadap sesebuah ciri, kemudian ikuti prosedur yang diberikan.

Atas

» Siapakah saya harus hubungi mengenai penyalahgunaan atau bahan undang-undang yang berkaitan dengan forum ini?
Mana-mana pentadbir yang disenaraikan dalam laman “Pasukan” boleh menjadi wakil hubungan bagi aduan anda. Jika anda tidak menerima sebarang jawapan, maka ada seharusnya menghubungi pemilik domain ini (sila lakukan carian whois) atau, jika forum ini dijalankan pada khidmat percuma (seperti Yahoo!, free.fr, f2s.com, dan sebagainya), pengurusan atau jabatan penyalahgunaan bagi khidmat tersebut. Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan phpBB langsung tidak mempunyai kuasa undang-undang dan tidak akan bertanggungjawab terhadap bagaimana, di mana atau oleh siapa forum ini digunakan. Jangan hubungi Kumpulan phpBB mengenai sebarang bahan undang-undang (arahan penghentian, tanggungjawab, pernyataan fitnah, dan sebagainya) yang tidak berkait dengan tapak web phpBB.com atau perisian phpBB itu sendiri. Jika anda menghantar e-mel kepada Kumpulan phpBB mengenai penggunaan perisian ini oleh sebarang parti pihak ketiga, maka anda akan menerima jawapan kasar atau tiada jawapan langsung.

Atas



Lompat ke:  
cron