Portal APIS - Forum
https://forum.alumni-sbp.org.my/

Pengumuman penting berkenaaan kata laluan anda
https://forum.alumni-sbp.org.my/viewtopic.php?f=1&t=698
Muka 1 daripada 1

Pengarang:  silverks [ Rabu, 29 Jul 2009 4:58 pm ]
Perkara kiriman:  Pengumuman penting berkenaaan kata laluan anda

Salam,

Baru-baru ini laman web APIS telah dinaik taraf dan ditukar menggunakan sistem pengurusan maklumat dan susun atur yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, sistem forum juga telah ditukar dan dinaik taraf. Pihak krew teknikal APIS telah berjaya memindahkan semua kandungan forum dan pengguna-pengguna yang telah berdaftar, termasuk profil pengguna.

Namun begitu, terdapat beberapa kandungan yang tidak dapat dipindahkan berikutan cara sistem forum yang baru beroperasi berlainan dengan sistem yang lama. Salah satu kandungan yang tidak dapat dipindahkan adalah kata laluan (password) dan imej avatar pengguna yang telah berdaftar.

Untuk mendapatkan kata laluan yang baru, sila klik pada capaian "Saya terlupa kata laluan" pada muka log masuk dan isikan nama pengguna serta e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar di laman web APIS yang lama. Kata laluan anda yang baru akan dihantar ke alamat email tersebut dengan serta-merta. Sila log masuk menggunakan kata laluan yang baru, dan tukar kata laluan anda di .

Selain itu, sila tetapkan kembali imej avatar anda, dan ubah/lengkapkan maklumat di profil pengguna anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah, sila kemukakan di topik ini, dan kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.

Akhir sekali, pihak krew teknikal APIS memohon maaf atas kesulitan kecil ini, demi kebaikan di masa hadapan.

Sekian.

Muka 1 daripada 1 Semua waktu adalah UTC + 8 jam
Powered by phpBB® Forum Software © phpBB Group
http://www.phpbb.com/