Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Rabu, 04 Ogo 2021 8:21 am



Jawab topik  [ 1 kiriman ] 
Kedudukan dan Kepentingan Syura Dalam Islam 
Pengarang Mesej
Administrator
Administrator

Menyertai pada: Selasa, 03 Jun 2008 5:51 pm
Kiriman: 37
Lokasi: lembah nil
Jawab dengan petikan
KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN SYURA DALAM ISLAM

MUQADDIMAH
Usaha mencapai kata sepakat dan memutuskan sesuatu perkara penting dalam masyarakat Umat Islam, seperti memilih pemimpin yang berkemampuan, cara atau pendekatan menyampaikan da’wah Islamiyyah atau amar maa’ruf dan nahi munkar, berjihad dan berbagai urusan lain menyangkut kepentingan umat Islam, melalui majlis mesyuarat atau syura, adalah salah satu sifat orang-orang mu’min. Allah SWT telah berfirman ;



“ Dan orang-orang yang menyambut perintah Tuhannya, serta mereka mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka, membelanjakan sebahagian dari apa yang kami(Allah) berikan kepadanya ( demi untuk kepentingan agama Allah) “
(Surah As-Syura 38:42)

SIFAT-SIFAT ORANG MU’MIN DAN PEJUANG ISLAM

Dari ayat Surah As-Syura’ ini dapatlah difahami bahawa di antara sifat-sifat orang mu’min dan pejuang Islam ialah :

PERTAMA :MENYAMBUT SERUAN ALLAH DENGAN RELA.
Seorang mu’min yang benar sentiasa merasa senang dan rela hati menyambut segala seruan dan menjaga titah perintah Allah SWT, walaupun ada kalanya sebahagian dari perintah itu menuntut pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Kerelaan hati yang disertakan dengan amalan dan pengorbanan dalam melaksanakan titah perintah Allah adalah suatu tanda kesempurnaan iman seseorang hamba terhadap Tuhannya.

KEDUA : MENDIRIKAN SEMBAHYANG.

Mendirikan sembahyang yang wajib mahu pun sunat sebagai tanda bahawa mereka mempunyai hubungan yang begitu akrab dan hangat dengan Allah SWT. Mereka menyandarkan keyakinan kepada Allah Azza Wajalla dan mengharap pertolongan dariNya.

KETIGA: MELAKSANAKAN TUNTUTAN SYURA.

Seterusnya sifat orang mu’min yang ketiga yang disebut oleh Allah SWT dalam ayat ini, ialah menjadikan syura sebagai satu amalan dalam memelihara kesejahteraan masyarakat mereka. Setiap urusan penting orang-orang mu’min itu, apa lagi untuk urusan perjuangan menegakkan kembali syari’at dan peraturan Islam wajar diputuskan melalui majlis perbincangan(syura) kerana sebab-sebab berikut :
(i) Hendak mencari dan mengambil pendapat yang paling baik dari berbagai-bagai pendapat.
(ii) Kerana menghargai pendapat para sahabat, sebab di antara tanda persahabatan itu ialah bersikap harga-menghargai.
(iii) Kerana menghilangkan rasa tidak puas hati. Seseorang akan berpuas hati dan merasa telah menunaikan tanggungjawabnya, apabila ia telah ikut serta memberi pandangan dan nasihat dalam sesuatu urusan.
(iv) Untuk menanam rasa bertanggungjawab, mengambil berat dan perihatin terhadap sesuatu perkara atau urusan yang menyangkut kepentingan umat serta mengambil kata sepakat di dalam sesuatu urusan.
(v) Kerana mendidik pemimpin dan ahli cara-cara bermasyarakat dan berpolitik dengan suatu kebiasaan yang baik dan diredhoi Allah.
Semua itu adalah antara hikmah dan tujuan-tujuan diwajibkan orang-orang mu’min terikat dengan peraturan Majlis Syura (mesyuarat)

Oleh yang demikian syura menempati kedudukan yang sangat penting dalam jama’ah dan masyarakat Umat Islam. Dalam ayat surah As-Syura tadi, kita dapat melihat Allah SWT, menyebut perintah mengadakan Syura selepas menyebut kewajiban sembahyang. Para ulama’ mengatakan bahawa sebutan syura yang disejajarkan dengan ibadat wajib menunjukkan perintah syura juga bertaraf wajib sebagaimana diperintahkan orang-orang mu’min bersembahyang dan mengeluarkan zakat.


Ditulis oleh: Abu Mustafa Hamidi
Teratak Durian Burung;)


Khamis, 10 Jul 2008 12:33 pm
Profil
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 1 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron