Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Rabu, 04 Ogo 2021 7:13 am



Jawab topik  [ 1 kiriman ] 
hapuskan kelesuan kita bina kekuatan!! 
Pengarang Mesej
Administrator
Administrator

Menyertai pada: Selasa, 03 Jun 2008 5:51 pm
Kiriman: 37
Lokasi: lembah nil
Jawab dengan petikan
Hapuskan kelesuan, kita bina kekuatan!

Firman Allah SWT dalam surah An Nisa’ .

Maksudnya : “ dan sesungguhnya di antara kamu ada orang yang sangat berlambat-lambat (ke medan pertempuran). Maka jika kamu ditimpa musibah ia berkata : “ sesungguhnya Tuhan telah menganugerahkan nikmat kepada saya kerana tidak ikut berperang bersama mereka”. Dan jika kamu beroleh kurnia(kemenangan) dari Allah, tentulah dia mengatakan seolah-olah belum pernah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan dia: “ wahai kiranya saya ada bersama-sama mereka, tentu saya mendapat kemenangan yang besar (pula)”.kerana itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah., lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan kami berikan kepadanya pahala yang besar”. (Surah An-Nisa’:72-74)

Awalul kalam penulis merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat saf pimpinan baru Alumni Pelajar Islam Sekolah Berasarama Penuh(APIS) Sesi 2009/2010. Semoga dengan kepercayaan dan amanah yang telah diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh ‘Izzah dan seikhlas hati, Insyaallah.

Pada panulisan kali ini, penulis begitu tertarik untuk menitipkan pandangan penulis yang insyaallah diharapkan dapat dijadikan sebagai satu analisa untuk diteliti dan dilakukan pembaikan dan pembaharuan bagi setiap individu yang memiliki kesedaran bagi tujuan tersebut,insyaallah.

Merenung kembali realiti masyarakat Islam Malaysia dan dunia amnya yang bertubi-tubi menerima serangan demi serangan tidak kiralah sama ada serangan dan jajahan secara fizikal mahupun serangan pemikiran telah menimbulkan satu persoalan: Di manakah silapnya umat Islam? Sedangkan telah Allah janjikan keamanan dan keselamatan bagi yang menerima Islam sebagai pegangan hidup. Adakah Allah telah berlaku zalim terhadap hamba-hambanya? pastinya mustahil Allah bersifat dengan sifat sedemikian. Namun, hakikatnya kehancuran dan kebobrokan masyarakat yang berlaku hari ini adalah lantaran sikap umat Islam itu sediri.

Tamadun masyarakat yang kian meruncing ini benar-benar memerlukan pemimpin-pemimpin yang benar-benar memiliki daya pimpin mengikut acuan yang telah dicorakkan oleh Islam bagi memulihkan kembali nilai-nilai masyarakat madani yang sejajar dengan ciri-ciri yang telah digariskan dalam Al-Qur’an. Tidak dinafikan, telah lahir dan muncul begitu ramai pemimpin-pemimpin masyarakat yang ternyata hebat dan berkemampuan mentadbir dan memimpin masyarakat. Malangnya, kebanyakan pemimpin-pemimpin dewasa kini semakin tandus daripada nilai-nilai Islam bahkan lebih malang lagi segelintir daripada mereka menjadi pendorong kepada masyarakat untuk hidup jauh tersasar daripada hakikat kemuliaan dan kesucian Islam itu sendiri. kelesuan masyarakat hari ini adalah berpunca daripada kelesuan pemimpin dan da\'i itu sendiri. bukanlah niat penulis untuk menyalahkan para pemimpin masa, namun pada hakikatnya proses pengislahan tetap perlu dilakukan baik pada peringkat pimpinan mahupun masyarakat umum sendiri.

Rentetan itu, penulis melihat potensi yang dimiliki oleh pelajar mahupun bekas pelajar SBP yang rata-ratanya merupakan individu melayu muslim merupakan peluang mega untuk melahirkan para pemimpin muslim yang benar-benar berkualiti untuk memimpin masyarakat. Hal ini dapat dicapai melalui pelbagai proses pembinaan dan peningkatan kualiti pemikiran,kemahiran dan kebolehan di pelbagai peringkat. Penulis yakin bahawa penglibatan kelompok ini dalam masyarakat secara maksimum akan memberi impak yang cukup besar kepada masyarakat.

Benih-benih yang tumbuh mekar di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seperti Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Dato’ Abdul Razak(SDAR), Sekolah Seri Puteri(SSP) dan banyak lagi merupakan antara mutiara-mutiara yang sememangnya tidak dapat dinafikan kualitinya. Kecemerlangan akademik dan Pembinaan sahsiah serta kepimpinan yang telah dimiliki dan diterapkan dalam diri setiap individu pelajar telah menjadikan kelompok pelajar ini memiliki aset yang cukup penting untuk dinobatkan sebagai tunggak kepimpinan masa hadapan negara dalam pelbagai bidang. SBP bukan sahaja melahirkan begitu ramai golongan intelektual dan profesional dan bidang-bidang konvensional bahkan turut melahirkan pakar-pakar dalam bidang agama bahkan antara mereka merukan ulama’-ulama’ tersohor tanah air, nusantara dan dunia. Buktinya, begitu ramai pemimpin-pemimpin negara serta nama-nama besar yang telah berjaya mencorak nama di persada tanah air dalam pelbagai lapangan bidang sama ada ekonomi, politik dan sosial merupakan individu keluaran SBP.

Alangkah indahnya seandainya gabungan integrasi mantap kedua-dua golongan ini dapat dimanfaatkan bagi tujuan dakwah dan tarbiyah bagi masyarakat di Malaysia dengan turun ke dalam lembah masyarakat dan memimpin serta membawa mesej seruan Islam dalam jurusan yang dikuasai masing-masing. Lebih manis kiranya, merekalah yang menjadi contoh teladan yang mampu mentarbiyah (mendidik) masyarakat mengikut acuan aqidah dan cara hidup Islam yang syumul. Merujuk semula firman Allah yang telah dinyatakan pada awal kalam tadi, amat wajarlah kita sama-sama menyahut seruan Allah ini agar menggerakkan segala daya yang ada dan menggunakan segala kemampuan untuk melakukan tugas mulia ini.

Sesungguhnya hal ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada kemajuan tamadun ummah bahkan juga merupakan peluang kepada mereka sendiri untuk terus membina potensi, bakat dan kebolehan diri melalui aplikasi di dunia realiti dengan penglibatan mereka dalam masyarakat. Seandainya, hal ini dilakukan dengan benar-benar mengikut landasan yang telah disyariatkan Islam, sudah pasti proses Islamisasi dalam sistem masyarkat, pentadbiran, pendidikan, pengurusan ekonomi dan pelbagai aspek lain dapat dilakukan secara totalis dan lebih efektif. Hal ini tidak seharusnya berlaku bagi mereka bekerjaya semata, bahkan perlu dimula dan diteruskan tatkala telah tamat bangku persekolahan lagi. Begitu banyak medium yang dapat digunakan secara kreatif dan kritis bagi merealisasikan misi ini tidak kiralah bagi mereka yang bergelar mahasiswa, berkarier mahupun yang telah bersara. Bagi yang bergelar mahasiswa, mereka dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat, mahasiswa dan Islam melalui pelbagai medium. Antaranya:

• Menghidupkan bi’ah solehah (suasana solehah) di asrama, kampus dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar (solat jemaah, puasa sunat dan lain-lain)
• Mewujudkan atau melibatkan diri dalam kelompok-kelompok Usrah dan kumpulan belajar (smart circle)
• Penglibatan dalam organisasi kepimpinan pelajar (majlis Perwakilan pelajar, persatuan kokurikulum dan lain-lain)
• Penglibatan dan kerja-kerja amal dan kebajikan serta misi-misi kemanusiaan dengan membawa mesej Islam


Manakala, bagi yang telah bekerjaya disarankan agar perkara-perkara berikut dapat dititik beratkan bagi merealisasikan misi ini:

• Kuliah maghrib mingguan di surau dan masjid secara konsisten
• Ceramah, diskusi, forum umum secaara bermusim dan berkala
• Usrah umum atau khusus yang tidak memerlukan publisisti
• Ceramah kelompok yang dilakukan dari rumah ke rumah
• Penglibatan dalam persatuan-persatuan dan badan-badan kebajikan,
kemasyarakatan dan Islam
• Kem dan kursus motivasi Islam remaja dan belia
• Mewujudkan atau mengikuti kelas-kelas bimbingan Al-Qur’an ,fardu ain
(tafaquh fiddin)
• Membangun institusi-institusi tempat kerja dengan dakwah fardiyah dan berjamaah
• Penglibatan dalam NGO Islam dan menggerakkannya
• Penglibatan dalam persatuan belia, rukun tetangga, JKKK dan menyuntik
dakwah Islam melaluinya
• Menghidupkan bi’ah solehah (suasana solehah) di tempat kerja.
• Mewujudkan jaringan perhubungan dengan organisasi-organisasi Islam antarabangsa
• Penglibatan dalam bidang politik tanah air dengan membawa seruan
dan merealisasikan untuk mewujudkan sistem pemerintahan masyarakat dan
pentadbiran negara berdasarkan syariat Islam

Mungkin terdapat pelbagai lagi alternatif dan medium yang munasabah yang dapat dijadikan sebagai wadah dalam memperjuangankan Islam dalam masyarakat dewasa kini. Hakikatnya usaha-usaha ini perlu dilakukan secara berterusan dan bersungguh serta perlulah diiringi dengan strategi yang benar-benar teliti dan berkesan.

janganlah resah dan gundah akan segala mehnah yang menanti dalam menempuh jalan ini kerana sesungguhnya jalan untuk menempa kebenaran dan kebaikan itu tidak selalunya dihiasi dengan keindahan dan kesenangan semata. yakinlah dengan bantuan Allah bagi hamba-hamba yang sentiasa beramal untuk mengejar redha dan cintaNya.firman Allah berbunyi:

\"jika Allah menolong kamu maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu.jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan kepada kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu selain Allah sesudah itu\"

tuntasnya, amat besarlah keuntungan untuk ummah seandainya seluruh tenaga profesinal Islam yang lahir daripada SBPdabung digabung jalinkan untuk perjuangan Islam. Ayuh ! sama-sama kita hapuskan kelesuan dan bina semula kekuatan!!

*sesungguhnya penulisan ini hanyalah pandangan peribadi penulis. mungkin dapat diislahkan lagi melalui pandangan dan kritikan dari pengunjung insyaallah..


Jumaat, 20 Feb 2009 11:10 pm
Profil
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 1 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron