Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Ahad, 20 Okt 2019 3:42 pm



Jawab topik  [ 6 kiriman ] 
masalah couple!! 
Pengarang Mesej
Fresh Boarder
Fresh Boarder

Menyertai pada: Sabtu, 13 Dis 2008 8:47 am
Kiriman: 8
Lokasi: manjong,perak,malaysia,asia tenggara
Jawab dengan petikan
assalamualaikum..

nk mntak pendapat kpd kalian sume..
psl masalah couple2 nie..
cmne eyk nak atasi masalah couple kat ostel nie??
ssh btol ar..


Sabtu, 24 Jan 2009 11:19 pm
Profil
Administrator
Administrator

Menyertai pada: Rabu, 16 Jul 2008 11:54 am
Kiriman: 69
Lokasi: From Baling TO JB
Jawab dengan petikan
Salam,

Depa tu buat maksiat ke? Kalau khalwat, lapor aja kat cikgu..


Jumaat, 30 Jan 2009 10:38 am
Profil YIM WWW
Junior Boarder
Junior Boarder
Avatar pengguna

Menyertai pada: Sabtu, 06 Dis 2008 3:51 pm
Kiriman: 31
Lokasi: Perak
Jawab dengan petikan
Apa pandangan Abi Qalam untuk menyelesaikan masalah ini di sekolah?
Cara yang terbaik sebagai sahabat untuk menegur sahabat kita yang tersalah langkah ini?


Jumaat, 30 Jan 2009 11:59 am
Profil YIM WWW
Administrator
Administrator

Menyertai pada: Rabu, 16 Jul 2008 11:54 am
Kiriman: 69
Lokasi: From Baling TO JB
Jawab dengan petikan
Salam,

Pendapat ana mengenai masalah couple ni sebenarnya kompleks sikit, ikut peribadi masing-masing. Terdapat berbagai faktor kena lihat dan kaji.

Perasaan \'cinta\' dan \'ingin dicintai\' ni adalah perasaan yg alami/natural ketika berada dialam remaja/awal kedewasaan, jangan dok tipu lah kalau langsung tak dak perasaan macam ni, baik amir ke amirah ke, tak kiralah, apatah lagi bagi masyarakat umum. Jadi, ana tak fikir perasaan itu sendiri adalah \'salah\', cumanya kaedah kita mempraktikkan \'cinta\' itu banyak yang salah.

Pengalaman ana dan rakan-rakan dulu, ada juga yang bercinta dari sekolah dan berkahwin, sekarang dah beranak 3-4, tetapi banyak juga yang kecundang separuh jalan.

Apa yang ana lihat paling penting ialah, perasaan \'cinta\' itu harus dipupuk dengan akhlaq islamiyyah bukan nafsu jahiliyyah. Jadi, utama disini bukanlah memerangi perasaan \'cinta\', cuma mentarbiyyah perasaan itu agar sesuai dengan akhlaq dan kesopanan muslim dan muslimah supaya tidak hanyut/lalai/leka dibuai perasaan yang \'best\' itu.

Pendekatan yang halus, berhemah dan berhimah (psikologi) amat perlu kerana sifat perasaan itu juga adalah halus dan seni. Jadi tidak sesuai menggunakan pendekatan \'keras\' didalam hal ini kerana hanya ianya hanya akan mewujudkan satu tembok antara antum dan mereka. Analoginya, ialah aliran air itu jangan disekat, sebaiknya, dibina aliran yang baru dan lebih sesuai agar tidak berlakunya banjir air mata!

Kesimpulannya, antum perlu lebih bersedia untuk menjadi pendengar dan rakan sejati daripada menjadi \'hakim\' yang memutuskan yang mana salah dan yang mana betul. Setiap manusia itu tak pernah sunyi dari kesilapan, jadi tak perlu kita menambah sengsara kesilapan itu dengan hukuman kita yang tidak bermakna. InsyaAllah dengan cara ini, kita akan lebih menjadi da\'ie yang lebih berkesan. InsyAllah Ta\'ala.


Isnin, 02 Feb 2009 9:58 am
Profil YIM WWW
Administrator
Administrator

Menyertai pada: Rabu, 16 Jul 2008 11:54 am
Kiriman: 69
Lokasi: From Baling TO JB
Jawab dengan petikan
Salam,

Ana ingin menambah mengenai masalah ini, InsyaAllah, agar kita semua boleh mendapat manfaatnya.

Perasaan cinta itu sendiri perumpamaannya seperti api, jika diletakkan di tempat yang sesuai, maka indahlah hidup, tetapi jika tidak mengawalnya, maka terbakarlah maruah diri.

Realiti cinta bukannya satu \'perkataan\' atau \'ungkapan romantis\', ianya lebih kepada terbitan emosi berpunca dari rasa yang halus dan bersifat panas, selesa, sedih, nyaman dan asyik sekaligus. Dan keutamaan cinta itu adalah kepada Allah, RasuluLlah, Para Ulama\' dan Ibu Bapa. Tetapi Allah juga menganugerahkan perasaan cinta sesama insan sebagai Nikmat dan UjianNya kepada kita.

Sesuaikah anak-anak sekolah bercinta?
Pendapat ana, secara umumnya tidak sesuai. Dalam ertikata wujud perasaan \'ingin menyintai dan mahu dicintai\', maka tak sesiapa pun boleh mengelak daripada mengalami perkara ini kerana ini adalah sebahagian dari peringkat perkembangan emosi dan kematangan insan yang Allah telah tetapkan, dan ditambah dengan perubahan hormon yg telah dibuktikan dari sains.
Bagi insan yang kuat dan jitu berakhlaq mulia, mereka mampu membendung perasaan ini dari melarat, tetapi sungguhpun tidak zohir pada golongan ini masih juga wujud perasaan itu, cuma tidak diucapkan. Ini kerana kefahaman terhadap kepelbagaian rialiti cinta yang patut diutamakan seperti diterangkan diatas. Jadinya, golongan ini memendamkan perasaan mereka sendiri tanpa memadam harapan terhadap cinta itu. Struggle untuk memendam perasaan ini sangat hebat dan perjuangan mereka ini patut dipuji. Jika beristiqamah, insyaAllah mereka dapat mengawal perasaan itu dengan waras dan rational. Jadi sekiranya datang sahabat2 yang mengadu keadaan mereka seperti ini, maka antum patut memuji mereka dan memberi perangsang agar terus istiqamah mengawal \'kuda liar\' ini, insyaAllah, sampai satu ketika mereka akan berasa lebih kuat dan mampu menjinakkannya dgn baik.
Selain itu terdapat golongan yang berakhlaq mulia tetapi tidak dapat menahan dari menzohirkan cintanya. Golongan ini pada umumnya masih mampu mempertahankan akhlaq yang terpuji tetapi didalam masa yang sama tidak kuat untuk tidak menzahirkan apa yang mereka rasa, maksudnya berkasih antara satu dengan yang lain. Yang demikian ini, antum perlu sentiasa mengingati mereka akan keutamaan menyintai Allah dan Rasul serta Ibu bapa, serta menyedarkan batas-batas akhlaq dan kesopanan yang perlu dijaga tanpa melukakan hati mereka. Berikan motivasi bahawa cinta itu adalah Ujian dan Nikmat dari Allah yang perlu dijaga sebaiknya dgn berhati-hati.
Juga semestinya ada golongan yang tidak kuat menahan godaan perasaan itu, lantas terjerumus didalam perbuatan yang tidak sepatutnya. Mereka ini selalunya memerlukan rakan dan sohabat yang boleh dipercayai untuk kembali membimbing dan memberi motivasi agar kembali kepada Akhlaq Mahmudah. Kepelbagaian pendekatan perlu ada tetapi jangan menghukum dan menghormati mereka amat penting. Tugas kita untuk berdakwah dengan sebaiknya, dan bukan hakim. Titipkan doa-doa dan amalan yang perlu dilakukan agar mereka melazimi. Zikir WirdulLatif atau juga ma\'thurat boleh dijadikan amalan, insyaAllah perasaan cintakan maksiat akan terhakis sdikit demi sedikit dari hati mereka.
Selain itu, jika antum berdepan dgn mereka yang tegar, usahlah memusuhi, tapi tunjukkan akhlaq yang mulia dan keikhlasan antum untuk berkawan dengan mereka dan harus menghormati mereka. InsyaAllah mereka akan meberikan kepercayaan pada antum untuk menasihati mereka..

Adik-adikku yg dikasihi, cinta ini satu perasaan yang kita semua tak dapat lari. Sudah ramai ana lihat mereka yang kuat sekalipun tersungkur kerana cinta. Ingatlah, satu ketika dahulu, enta tidak sempurna tanpa belaian ibu/bapa, kemudian enta merasakan tidak sempurna tanpa gurauan rakan-rakan, kemudian enta berasa tidak sempurna tanpa cinta sang kekasih/suami, kemudian enta berasa tidak sempurna tanpa gelak tawa anak-anak, kemudian pada hujung usia enta tidak berasa sempurna tanpa kasih dan sayang Allah.

Allahua\'lam..


Jumaat, 06 Feb 2009 10:35 am
Profil YIM WWW
Fresh Boarder
Fresh Boarder

Menyertai pada: Jumaat, 06 Jun 2008 11:06 pm
Kiriman: 14
Lokasi: TaSek GeluGor...........pulau pinang...
Jawab dengan petikan
assalamualaikum...masalah couple nih berlaku di semua sekolah...teguran mesti diberikan..cuba jumpa secara personnal dan tegur secara perlahan-lahan..gunakan konsep sembang tapi dalam masa yang sama untuk menasihati...


Isnin, 30 Mac 2009 11:51 pm
Profil YIM
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 6 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron