Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Rabu, 04 Ogo 2021 6:56 am



Jawab topik  [ 3 kiriman ] 
hukum org Islam mnyambut perayaan Valentine's day 
Pengarang Mesej
Fresh Boarder
Fresh Boarder

Menyertai pada: Isnin, 07 Jul 2008 11:25 pm
Kiriman: 8
Jawab dengan petikan
...budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang
sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian
serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat...

xpercaya???bcala artikel kt bwh nie...amik pengajaran ek..:laugh: :)

Pendahuluan
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita
khususnya generasi muda, sekitar akhir tahn 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk
melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi.Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.
Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari
Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh
media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan
serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks. Sejarah Permulaan
Valentine’s Day Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya
mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama
ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai
hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day : i. Valentine’s Day bermula semasa
pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti
bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu
15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat
Rom di mana pada malam pesta tersebut,nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas
dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas
itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh
kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius
II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan
pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St.
Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan
mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan
diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya
pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi
yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol
iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas
Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya
dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan
pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya
buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St.
Valentine sendiri.


Jumaat, 11 Jul 2008 1:21 am
Profil
Senior Boarder
Senior Boarder

Menyertai pada: Jumaat, 20 Jun 2008 2:29 am
Kiriman: 68
Jawab dengan petikan
kalau kt tempat ana (ipts di n9) siap ada couple nite n single nite pd malam tersbut... single nite tuh mngumpulkn mereka yg msih \"single n available\" utk mncari psgn mereka pd mlm tuh.. isk isk doakanlah agar remaja2 terpelihara dr mslh sebegini... amiin


Isnin, 14 Jul 2008 2:08 am
Profil
Senior Boarder
Senior Boarder

Menyertai pada: Ahad, 22 Jun 2008 10:28 am
Kiriman: 45
Jawab dengan petikan
bagus saudara baihaqi yang tidak tergolong dari pada yang terkumpul itu walaupun pada hakikatnya beliau masih lagi single dan available.hehe


Rabu, 03 Dis 2008 11:24 pm
Profil
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 3 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron