Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Selasa, 16 Jul 2019 9:54 am



Jawab topik  [ 4 kiriman ] 
Bagaimana kita di hadapan ALLAH s.w.t.? 
Pengarang Mesej
Administrator
Administrator
Avatar pengguna

Menyertai pada: Khamis, 15 Mei 2008 4:26 pm
Kiriman: 115
Lokasi: Malaysia
Jawab dengan petikan
:( Kesedihan dan keresahan semakin membuak-buak dalam diri selagi mana tidak lagi diketahui bagaimanakah penerimaan ALLAH s.w.t. terhadap kita.

Segala-galanya telah disediakan ALLAH s.w.t. Apabila telah mencapai ma\'rifatullah pada maqam yang lebih tinggi, akan terasa diri sememangnya fana\', lebur di hadapan kebesaran ALLAH s.w.t. Diri terasa telah tidak wujud.

Apa yang dibawa dan dimiliki diri? Kekotoran, dosa, kehinaan dan kelalaian.

Cukup berdebar-debar hati memikirkan nasib yang akan diperoleh. Hati makin kuat mengingatkan peringkat-peringkat yang akan ditempuh. Maka akan terlihat segala janji ALLAH yang pasti tidak akan dilanggari.

Maka makin kuat hati dan mata ingin menangis memohon keampunan ALLAH s.w.t. dan redha-Nya.
Ya ALLAH, cukuplah bagi kami andaikata Kau mengampuni segala dosa dan kesalahan kami serta redha dengan setiap tindak tanduk.Ya ALLAH, benar-benar kami memohon agar kami diselamatkan daripada azab neraka-Mu yang terlalu dahsyat dan pedih untuk kami lalui.

Ya ALLAH, hina sungguh kami ingin memohon syurga-Mu. Terlalu malu dan hina terasa diri untuk memohon syurga-Mu, kerana syurga-Mu terlalu agung dan mulia, sedangkan amal kami, apalah sangat yang telah kami lakukan.

Ya ALLAH, kami sangat syukuri dan hargai rezeki-Mu yang sangat enak dan sedap, dicampakkan al-warid dan halawatul iman. Kau sentiasa membuatkan kami sentiasa teringatkan Kau, sentiasa berasa cemas dan risau akan tergelincir dalam neraka (na\'uzubillah min zalik), sentiasa Kau membuatkan kami merindui perkampungan akhirat yang tiada lagi hujungnya!

Kami bersyukur ya ALLLAH. Tetapkan kami dengan cinta-Mu.

_________________
Tuhan kami, Engkaulah tujuan kami. Keredhaan-Mu pencarian kami.


Rabu, 10 Sep 2008 10:06 am
Profil YIM
Junior Boarder
Junior Boarder
Avatar pengguna

Menyertai pada: Sabtu, 06 Dis 2008 3:51 pm
Kiriman: 31
Lokasi: Perak
Jawab dengan petikan
Wahai tuhan,
ku tak layak,
ke syurga-Mu,
Namun tak pula,
aku sanggup,
ke neraka-MU.

Ampunkan dosaku,
terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun,
dosa-dosa besar..


Khamis, 11 Dis 2008 11:43 pm
Profil YIM WWW
Senior Boarder
Senior Boarder

Menyertai pada: Ahad, 22 Jun 2008 10:28 am
Kiriman: 45
Jawab dengan petikan


Selasa, 06 Jan 2009 4:01 pm
Profil
Administrator
Administrator

Menyertai pada: Rabu, 25 Jun 2008 5:40 pm
Kiriman: 47
Lokasi: Rawang,Selangor
Jawab dengan petikan
jom la harith n semua sahabat2,kita islahkan diri..insyaAllah.mati tak tahu bila. siapa pernah tgok cerita 'sahabat thaqeef' dari iran tu. MasyaAllah boleh menggigil sbb takut apa nasib kita nnt. ana tgh try download, insyaAllah boleh kita kongsi nant :huh:


Selasa, 27 Jan 2009 4:21 am
Profil YIM WWW
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 4 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron