Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Sabtu, 19 Jun 2021 8:41 am



Jawab topik  [ 1 kiriman ] 
Berapakah Dalamnya Jurang Api Neraka? 
Pengarang Mesej
Administrator
Administrator
Avatar pengguna

Menyertai pada: Khamis, 15 Mei 2008 4:26 pm
Kiriman: 115
Lokasi: Malaysia
Jawab dengan petikan
Daripada Abu Hurairah radhiallahu \'anhu, beliau berkata: Adalah kami (pada suatu hari) bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w., tiba-tiba terdengar suara benda yang terjatuh dengan keras, lalu baginda bersabda: \"Tahukah kami suara apakah ini?\" Kami menjawab: \"Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.\" Lalu Nabi s.a.w. bersabda: Ini adalah (suara) sebiji batu yang dilemparkan ke dalam api neraka sejak tujuh puluh tahun yang lalu, maka batu itu terus sahaja jatuh menuju dasar neraka dan baru pada saat ini ia sampai ke dasarnya. Maka dari itu kamu dengar suara jatuhnya.\"

Hadits Riwayat Imam Muslim

Keterangan:

Rasanya tidak mampu kita menghitung berapakah dalamnya jurang api neraka yang ditempuh oleh perjalanan kecepatan batu besar yang jatuh dan memakan masa selama tujuh puluh tahun lamanya. Yang lebih mengerikan lagi apabila jurang yang amat dalam ini akan dipenuhi oleh bermacam-macam seksaan dan apabila sampai saatnya nanti pintu neraka ini akan ditutup serapat-rapatnya dan tidak ada seorang pun dalam kalangan ahlinya yang dibenarkan keluar daripadanya. Seksaan demi seksaan, habis satu jenis seksaan masuk pula satu jenis seksaan yang lain dan begitulah seterusnya dengan tiada apa kesudahan.

Dipetik daripada kitab Hadits Penawar Hati, Hadits ke-9, muka surat 32 dan 33.
Tulisan al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Banjari al-Makki hafizhohullahita\'ala.

Maka ketahuilah kita semua, secelaka-celaka manusia pada hari akhirat ialah mereka yang apabila dimasukkan ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Sampai bilakah mereka menjadi penghuni neraka yang kekal? Sampai bila-bila. Sampai bila-bila itu sampai bila? Sampai bila-bilalah!

ALLAHUAKBAR, dahsyat yang tiada tertanggung. Ayuh saudara-saudara sekalian, kita persiapkan diri kita dan menjaga diri kita, ahli keluarga kita dan seluruh sahabat kita daripada azab neraka yang pastinya benar.

_________________
Tuhan kami, Engkaulah tujuan kami. Keredhaan-Mu pencarian kami.


Isnin, 07 Jul 2008 7:26 pm
Profil YIM
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 1 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron