Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Ahad, 20 Okt 2019 2:30 pm



Jawab topik  [ 1 kiriman ] 
Rahmat Yang Luas Dan Pengampunan Yang Berkekalan 
Pengarang Mesej
Administrator
Administrator
Avatar pengguna

Menyertai pada: Khamis, 15 Mei 2008 4:26 pm
Kiriman: 115
Lokasi: Malaysia
Jawab dengan petikan
Daripada Abu Hurairah radhiallahu \'anhu daripada Rasulullah s.a.w.,pada suatu riwayat yang Baginda meriwayatkan daripada ALLAH s.w.t. (ertinya dalam hadits qudsi) sabdanya:\"Apabila seseorang hamba itu melakukan dosa lalu ia berdoa:\"Ya ALLAH, ampunilah dosaku\" maka ALLAH s.w.t. berfirman baginya:\"Hamba-Ku melakukan sesuatu yang berdosa lalu ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosanya atau boleh juga menjatuhkan hukuman dengan sebab adanya dosa itu.\" Kemudian apabila hamba itu kembali berbuat dosa lalu ia berdoa pula: \"Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku,\" maka ALLAH s.w.t. berfirman:\"Hamba-Ku telah berbuat dosa dan ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni segala dosa atau boleh pula menyeksa dengan sebab dosa itu.\" Kemudian hamba itu sekali lagi berbuat dosa maka ia lalu berkata:\"Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku.\", maka ALLAH s.w.t. lalu berfirman kepadanya:\"Hamba-Ku berbuat dosa dan ia menyedari bahawa baginya ada Tuhan yang mengampuni segala dosa dan boleh menyeksa dengan sebab dosa itu. Sesungguhnya Aku mengampuni segala dosa hamba-Ku, maka hendaklah ia berbuat sesuka hatinya.\"

Hadits Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Keterangan:

Hadits di atas menerangkan kita bahawa betapa luasnya rahmat ALLAH s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. ALLAH s.w.t. akan mengampuni segala dosa mereka asalkan mereka bersedia bertaubat kepada-Nya.

Memang sudah menjadi suatu kepastian, kita sebagai manusia yang lemah ini adalah sangat terdedah untuk berbuat dosa, sama ada dosa itu disedari atau tidak dan sama ada dosa itu besar atau kecil. Oleh sebab itu, wajarlah bagi kita untuk selalu beristighfar kepada ALLAH s.w.t. dan meminta keampunan daripada-Nya. Jika Rasulullah s.a.w. yang tidak berdosa itu telah pun beristighfar kepada ALLAH s.w.t. dalam sehari semalam paling kurang tujuh puluh kali, maka kita sebagai orang awam daripada kalangan umatnya ini tentu lebih perlu kepada membanyakkan istighfar dan merayu kepada ALLAH s.w.t. supaya diampunkan-Nya segala dosa kita.

Dipetik daripada kitab Hadits Penawar Hati, Hadits ke-40, muka surat 103 dan 104.
Tulisan al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Banjari al-Makki hafizhohullahita\'ala.

_________________
Tuhan kami, Engkaulah tujuan kami. Keredhaan-Mu pencarian kami.


Selasa, 08 Jul 2008 8:33 pm
Profil YIM
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 1 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron