Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Ahad, 18 Ogo 2019 5:08 am



Jawab topik  [ 4 kiriman ] 
Perjalanan Menuju Jurusan Perubatan 
Pengarang Mesej
Junior Boarder
Junior Boarder
Avatar pengguna

Menyertai pada: Sabtu, 06 Dis 2008 3:51 pm
Kiriman: 31
Lokasi: Perak
Jawab dengan petikan
Assalamualaikum w.b.t.

Ana nak minta jasa baik akhi/ukhti di APIS yang mengetahui serba sedikit mengenai perjalanan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan..

Dari kecil, ana memang tetapkan di hati ana untuk ambil medic. Tahun ni ana akan duduki SPM. Tapi, ana masih kurang pengetahuan tentang persediaan yang harus ana lakukan untuk menghadapi hari selepas SPM..

Minta pandangan dari akhi/ukhti sekalian..
yang mana tahu serba sedikit apa salahnya jika kita berkongsi..:blush:


Jumaat, 30 Jan 2009 12:25 pm
Profil YIM WWW
Administrator
Administrator

Menyertai pada: Selasa, 03 Jun 2008 5:51 pm
Kiriman: 37
Lokasi: lembah nil
Jawab dengan petikan
sedikit maklumat yg ana petik drpd http://ulamaummah.blogspot.com

Peringatan khas buat bakal Mahasiswa/i perubatan di Mesir
Sejarah penghantaran pelajar dalam bidang perubatan di Mesir telah bermula sejak tahun 70-an. Dari dahulu sehinggalah tahun 2004 kuota pelajar dari Malaysia hanyalah 20 orang setiap tahun bagi mengisi tempat di 6 buah universiti yang diiktiraf oleh JPA dan MMC. Kuota ini tidak termasuk kursus perubatan yang ditawarkan di universiti al-Azhar kerana al-Azhar berada di bawah pentadbiran kementerian yang berbeza.

Bilangan kuota daripada 20 tempat telah dinaikkan kepada 40 tempat pada tahun 2005. Namun atas inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia, semasa itu menterinya adalah Dato’ Mustafa Mohamed telah menjalinkan MoU dengan universiti-universiti tertentu bagi membolehkan jumlah pelajar yang boleh mendapatkan tempat di sini ditambah.

Tahun 2006 menyaksikan pertambahan generasi pelajar perubatan di Ardu Kinanah ini bertambah secara mendadak. Pada masa yang sama bermulanya juga usaha-usaha daripada agensi-agensi tertentu untuk menjalinkan MoU bagi tujuan yang sama.


Tahun 2006 juga merintis sejarah baru bila generasi pertama pelajar yang diuruskan oleh agensi tertentu mula sampai dan belajar di sini. Kejayaan agensi ini pada percubaan pertama mereka diteruskan secara intensif pada tahun berikutnya. Bahkan kejayaan mereka mula membuka mata agensi-agensi yang lain di negara kita untuk mengikuti jejak langkah yang sama.

Iklan di radio, akhbar dan khabarnya di television kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di sini sangat meresahkan saya. Seolah-olah bidang perubatan di Mesir ini boleh dibeli dengan wang ringgit.

Terus terang saya katakan lambakan agensi yang mula bercambah subur untuk menghantar pelajar ke Mesir sebenarnya berteraskan keuntungan. Dengan berselindung di sebalik slogan-slogan ‘membantu mereka yang berminat’ diperkuatkan lagi hujah mereka untuk ‘membantu Melayu dan Islam’ hakikatnya hanyalah untuk membantu memenuhkan kantung kewangan mereka.

Kelayakkan yang minimum yang ditawarkan oleh agensi tertentu antaranya yang mampu saya petik ialah :

“Sekurang-kurangnya 5 Kepujian dengan 4B bagi mata pelajaran Sains dan Matematik untuk Kursus Perubatan dan Pergigian.”

Sedangkan pihak KPT dalam panduan rasmi untuk calon-calon pelajar perubatan di Mesir berbunyi sedemikian :

“Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian dengan sekurang-kurangnya 3B dalam semua mata pelajaran.”

Dengan bahasa dan ayat yang lainnya ialah anda perlu mendapat 96% daripada keputusan SPM (berdasarkan kiraan yang dibuat oleh pihak KPT Mesir) untuk universiti selain al-Azhar dan 86% daripada sijil SPM untuk calon perubatan al-Azhar.

Untuk datang mendapat tempat yang sah di sini calon-calon mestilah mendapat hitam putih daripada KPT Malaysia dan KPT Mesir di samping mempunyai Surat Sokongan Luar Negara (SSLN). Tidak semua permohonan di KPT Malaysia akan mendapat kelulusan, oleh itu calon-calon mestilah jelas akan status permohonan mereka sebelum datang ke sini. Tidak semata-mata berpuas hati apabila borang permohonan mereka dihantar ke KPT Malaysia. Ada kes pelajar ditawarkan oleh sebuah agensi untuk belajar di sini tapi pada hakikatnya nama beliau tidak diluluskan oleh pihak KPT Mesir.

Antara lainnya lagi, yuran yang dinyatakan dalam iklan agensi tertentu sama sekali tidak tepat dengan kadar yuran sebenar. Saya tidak mahu ramai ibubapa yang berhajat untuk melihat anak-anak mereka bakal menjadi doktor satu hari nanti terbeban dengan yuran pengajian dan kos hidup anak-anak mereka setelah tahu jumlah yang sebenarnya. Sekali melangkah ke sini, adalah satu keaiban bagi ibubapa apabila anak mereka pulang tanpa menamatkan pengajian atas alasan kewangan.

Ramai pelajar yang sedar mereka telah tertipu apabila tiba di Mesir. Yuran, kos hidup dan cas-cas yang dikenakan atas alasan ‘kebajikan pelajar’ juga kemudahan untuk mendapatkan tajaan antara bebanan yang menyiksakan. Pelbagai ragam dan masalah yang timbul, tapi bukanlah tujuan saya untuk membongkarkannya satu persatu.

Akhirnya, sekali lagi saya nasihatkan kepada pemohon-pemohon dan ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sini agar tidak tertipu dengan agensi-agensi yang menawarkan khidmat penghantaran pelajar ke Mesir. Calon-calon mestilah jelas status mereka di peringkat KPT Malaysia dan KPT Mesir, juga jelas saluran yang mereka lalui untuk datang ke sini agar tidak tertipu.

Sebarang keraguan hendaklah di rujuk kepada KPT Malayisa, bukannya pihak agensi-agensi yang menanam tebu di tepi bibir.

AbuFateh.
(Ahmad Muhaimin Mustapha)
Tahun 6, Universiti Kaherah.

- entri ini adalah pendangan peribadi penulis, tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak –

Saya turut mencadangkan anda ke sini :

1. Prosedur permohonan – KPT Malaysia
2. Kontroversi perubatan Mesir.


Rabu, 06 Mei 2009 3:39 am
Profil
Fresh Boarder
Fresh Boarder

Menyertai pada: Rabu, 06 Mei 2009 3:48 am
Kiriman: 1
Jawab dengan petikan
Salam semua..

juga salam perkhidmatan buat AJK APIS

=)

Menunggu juga jika ada yang mahu jawab, tapi topik ini terbiar agak lama.

Kepada Adik Syamimi yang bakal menduduki peperiksaan, tahniah diucapkan kerana ada bukan dalam kategori undecided n motivasi anda untuk belajar lebih berfokus memandangkan sudah mempunyai matlamat.

Basically, the 1st thing 1st, aim for ur SPM. Kurang persediaan SELEPAS SPM, inshaAllah tak bawa banyak masalah.

Cumanya, mengulas tentang lambakan pelajar yang mencecah 2000++ di Mesir, bolehlah teliti prosedur permohonan untuk sesi 2009/2010 di

artikel tsbt disediakan demi memastikan setiap pelajar yang hadir ke Mesir untuk pengajian ini melalui prosedur yang sah yang telah ditetapkan KPT sendiri.

Jadi, inshaallah, bittaufiq wannajah =)

wallahua3lam.


Khamis, 07 Mei 2009 7:30 pm
Profil
Junior Boarder
Junior Boarder
Avatar pengguna

Menyertai pada: Sabtu, 06 Dis 2008 3:51 pm
Kiriman: 31
Lokasi: Perak
Jawab dengan petikan
jazakallah.. maklumat yang sangat membantu.:blush:


Selasa, 02 Jun 2009 11:00 pm
Profil YIM WWW
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 4 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron