Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Ahad, 18 Ogo 2019 5:10 am



Jawab topik  [ 2 kiriman ] 
Pengalaman Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor 
Pengarang Mesej
Junior Boarder
Junior Boarder
Avatar pengguna

Menyertai pada: Sabtu, 06 Dis 2008 3:51 pm
Kiriman: 31
Lokasi: Perak
Jawab dengan petikan
Assalamualaikum w.b.t buat semua warga APIS yang dirahmati Allah sekalian..

Di sini ana nak kongsi pengalaman ana mengikuti Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor tajaan JPA. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu adik2 yang menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor.

Alhamdulillah sebelum tu biarlah ana terangkan mengenai program ini. Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor ini adalah satu program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program ini wajib dihadiri oleh pelajar lepasan SPM yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN). Jadi ana amat bersyukur kerana ana dipilih sebagai salah seorang calon biasiswa JPA untuk PILN perubatan.

Okay, sekarang ana akan mula ceritakan pengalaman yang ana telah hadapi sepanjang program tersebut..

Pada 22 Mac 2010, ana mendaftarkan diri di Hospital Taiping pada jam 9.00 pagi. Dalam pukul 9.45 pagi kami seramai 37 orang calon dibawa masuk berkumpul di satu bilik di Unit Kecemasan. Taklimat dimulakan oleh Dr. Fadzlee, Ketua Jabatan Kecemasan. Turut serta Dr. Marina dari unit pentadbiran hospital.

Antara ucapan yang Dr. Fadzlee ceritakan ialah mengenai kerjaya seorang doktor itu sendiri. Dr. Fadzlee kata jadi doktor ni mesti kerja tanpa mempunyai bilik sendiri seperti seorang pegawai bank. Doktor mesti sentiasa berjalan untuk memeriksa pesakit. Satu lagi, kalau nak jadi doktor, jangan bermimpi nak jadi seorang 'boss' sebabnya doktor kena work as a team. Setiap doktor mesti rujuk doktor lain yang lebih senior dan berpengalaman.

Selesai sesi pembukaan, kami dibahagikan mengikut kumpulan. Ada 5 kumpulan semuanya, jadi 3 kumpulan ada 7 calon dan 2 kumpulan ada 8 calon. Setiap kumpulan akan dihantar ke 5 unit hospital iaitu unit Accident & Emergency (A&E), Forensik, Obstetric and Gynaecology (O&G), Ortopedik, dan Surgery.

Group ana adalah group pertama yang dihantar ke unit Surgery. Walaubagaimanapun, kami tidak berpeluang untuk masuk ke bilik pembedahan disebabkan bilangan ahli kumpulan yang agak ramai. Bukannya apa, takut nanti mengganggu pulak doktor yang sedang membuat pembedahan. Jadi kami diletakkan di wad pembedahan. Di wad ni kami dibawa 'round' oleh ketua jururawat (sister) sambil cerita tentang instrument2 pembedahan. Selepas tu, kami dibiarkan satu hari di wad tu. Jadi kami bebas untuk beramah dengan pesakit dan doktor2 di wad tu. Apa pun kami tak berani sangat nak tanya doktor macam2 sebabnya doktor2 di wad ni nampak kelihatan sibuk sangat. Itulah kerja doktor, berjalan ke sana sini sampai tak ada masa untuk duduk bersantai. Apatah lagi kalau terpaksa 'on call' 24 jam..

Di wad tu ana sempat bersembang dengan seorang jururawat. Tak ingat pula namanya. Dia tanya ana, "Betul ke nak jadi doktor ni? Sanggup kerja 24 jam tanpa henti? Sampaikan masa nak tidur pun tak cukup? Kalau waktu rehat pun sempat untuk mandi dan urus diri je. Lepas tu kena masuk kerja balik." Ana pun diam sambil tersenyum je. Nurse tu sambung, "Jangan terkejut kalau saya cakap ada doktor yang jadi gila sebab tekana kerja. Jadi kalau nak jadi doktor ni kena fikir banyak2. Kalau setakat ibu bapa yang suruh sedangkan kita sendiri tak minat, lupakan je lah.."

Hmm.. apa pun kita sendiri je yang boleh jawab tentang tu.. Akhirnya dalam pukul 5.00 petang ana pun balik rumah, menanti untuk hari seterusnya..


Selasa, 13 Apr 2010 12:06 pm
Profil YIM WWW
Junior Boarder
Junior Boarder
Avatar pengguna

Menyertai pada: Sabtu, 06 Dis 2008 3:51 pm
Kiriman: 31
Lokasi: Perak
Jawab dengan petikan
Hari ke-2, 23 Mac 2010

Hari ni kami bermula lebih awal. Seawal jam 8.00 pagi kami dibawa ke unit O&G. Di sinilah unit untuk sakit puan.

Dekat O&G unit ni, sisternya bernama Harimah. Sister Harimah sangat peramah. Kami berasa lebih seronok dari unit semalam. Mungkin unit surgery semalam tak cukup doktor jadi keadaannya agak sibuk.

Kami dibwa melawat ke seluruh unit O&G. Mula2 sekali kami mulakan 'le tour' kami di klinik daycare. Klinik daycare ni untuk pemeriksaan harian ibu2 mengandung. Pesakit tak perlu masuk wad.

Kemudian, yang paling ana takkan lupakan sampai bila2 pun; kami diberi peluang untuk melihat seorang ibu melahirkan anak secara 'live'.
Kami sangat bertuah sebab kamilah group pertama yang berpeluang melihat secara dekat. Bayangkanlah, macam mana perasaan anda untuk lihat dengan mata sendiri seorang ibu melahirkan anak secara normal. Macam tak percaya kan? Tapi itulah cabaran kami yang pertama.

Waktu di labour room tu, ada dua orang ibu yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya. Yang paling kami teruja, seorang daripada ibu tu baru je berusia 19 tahun. Dia mengalami kesulitan sikit untuk melahirkan. Kami semua dengar jeritannya yg menusuk kalbu kami.. Ya Allah, tak dapat ana ceritakan bagaimana bisingnya dalam labour room ni.

Kami lihat sendiri bagaimana doktor sambut bayi dari seorang ibu yang melahirkan secara normal. Memang satu pengalaman la.. Sister ada cakap pada kami, waktu ni lah seorang doktor kena jaga dua nyawa sekaligus. Nyawa si ibu dan si baby. Apa pun alhamdulillah dalam group ana yg seramai 4 perempuan dan 3 lelaki; tak ada seorang yang pun pengsan melihat situasi ini.. Tapi ada juga yang berlawak tak lalu nak makan lepas pengalaman ni..

Pada sebelah petangnya selepas solat zohor, kami ada sesi 'discussion' bersama ketua jabatan O&G iaitu Dr. TFL Gill. Tapi bagi ana sesi ini lebih kepada sesi 'brainwash' oleh doktor2.
Dalam sesi tu Dr. TFL turut memanggil 10 orang doktor housemansip (HO). Jadi secara keseluruhannya seramai 11 orang doktor kesemuanya.

Dalam sesi tu kami didedahkan apa sebenarnya yang tersembunyi di sebalik kerjaya seorang doktor. Kami diuji dengan bermacam soalan yang membuat kami terfikir semula; sanggup ke nak jadi doktor? Ana ingat lagi Dr. TFL kata, "Medicine is not a job.. As a doctor, you deal with people's life. As you make mistake, you are killing people. And you will feel the loneliness in your life when you kill your first patient!" Dr. TFL sambung, "So if you want to be a doctor just because you want to gain POPULARITY or MONEY, just FORGET about it."

Itulah antara kata2nya yang membuatkan ana terfikir balik. Apapun ana hanya mampu menjawab soalan tu pada diri ana sendiri.. Lebih kurang pukul 5.15 petang barulah sesi tu tamat..


Selasa, 13 Apr 2010 12:41 pm
Profil YIM WWW
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 2 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron