Pengarang |
Mesej |
ikhwanzhaki
Administrator
Menyertai pada: Khamis, 15 Mei 2008 4:26 pm Kiriman: 115 Lokasi: Malaysia
|
Salaam kepada kawan-kawan sahabat-sahabat semua,
kita rasa sedih, terkejut, marah dan macam-macam lagi la dengan isu buang bayi ni.
makin teruk pulak jadinya baru-baru ni.
macam mana, pandangan kita insya Allah selaku generasi yang dah dapat pelajaran dan ada kesedaran.
apa nak buat?
sedia rumah khusus untuk bayi orang tak mau boleh ka? bukan tu dorong lagi orang nak berzina?
|
Jumaat, 27 Ogo 2010 5:03 pm |
|
 |
Mohammad Amirul
Fresh Boarder
Menyertai pada: Jumaat, 27 Ogo 2010 6:25 pm Kiriman: 2
|
Menyediakan rumah bagi orang yang tak mahu bayi merupakan langkah sementara yang boleh diambil bagi mengurangkan jumlah bayi yang terbuang namun bukanlah penyelesaian kepada isu pembuangan bayi. Mungkin dengan mengambil pendekatan pendidikan seks di sekolah walaupun ramai yang membangkang kerana kesedaran awal amat perlu untuk mencegah masalah ini dan permudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga untuk mengelakkan risiko terlanjur.
|
Jumaat, 27 Ogo 2010 6:31 pm |
|
 |
ikhwanzhaki
Administrator
Menyertai pada: Khamis, 15 Mei 2008 4:26 pm Kiriman: 115 Lokasi: Malaysia
|
jap, kalau pendidikan seks tu, apa antara kandungan yang akan diajar, dan sejak darjah berapa?
|
Jumaat, 27 Ogo 2010 7:16 pm |
|
 |
Mohammad Amirul
Fresh Boarder
Menyertai pada: Jumaat, 27 Ogo 2010 6:25 pm Kiriman: 2
|
Antara kandungan yang perlu diajar ialah perbezaan antara jantina lelaki dan wanita (seperti perbezaan struktur tubuh), perubahan yang akan dialami ketika akil baligh, bagaimana melayan individu berlainan jantina dengan hormat, pandangan Islam mengenai batas2 pergaulan, penutupan aurat, dan mungkin juga menyelitkan kes- kes sebenar yang berlaku akibat pergaulan bebas seperti pembuangan bayi ini. Umur yang sesuai untuk diajar ialah sekitar 10 tahun sebab mengambil pelajaran daripada hadis untuk memisahkan tempat tidur anak apabila mencecah umur 10 tahun.
|
Jumaat, 27 Ogo 2010 7:55 pm |
|
 |
Aishah Ashiyya
Fresh Boarder
Menyertai pada: Sabtu, 28 Ogo 2010 12:16 pm Kiriman: 2
|
ana setuju dengan saudara di atas,dengan memberi tempat perlindungan,serba sedikit masalah pembuangan bayi dapat diselesaikan....bukan kita menggalak kepada penzinaan atau berlaku lebih banyak masalah sosial,tapi di sini kita membincangkan bagaimana nak atasi masalah pembuangan bayi....
pendapat ana,masalah pembuangan bayi berlaku kerana si ibu tiada tempat penggantungan setelah dibuang keluarga, masyarakat dan si "ayah" bayi...apabila terjadi sebegini,si ibu terkapai-kapai mencari arah dan dengan membuang bayi,fikirnya adalah salah satu cara menyelesaikan masalahnya...akan tiada lagi cemuhan dari masyarakat apabila bayi tersebut dibuang....jadi di sini,masalah pembuangan bayi berlaku disebabkan mentaliti masyarakat yang memandang rendah kepada golongan ibu ini...bagi ana,kita perlu membimbing golongan sebegini...
dengan menyediakan rumah perlindungan, kita 'guide' mereka untuk kembali ke jalan kebenaran....hanya pendapat ana....wallahu'alam....
|
Sabtu, 28 Ogo 2010 12:49 pm |
|
 |
ikhwanzhaki
Administrator
Menyertai pada: Khamis, 15 Mei 2008 4:26 pm Kiriman: 115 Lokasi: Malaysia
|
ibu bayi dibuang oleh keluarganya sebab keterlanjurannya kan? sebab dia berzina dan ada anak luar nikah.
itulah, masalah timbul bila kita tak ikut cara bina keluarga yang betul cara islam.
bahaya sungguh pergaulan bebas lelaki perempuan ajnabi, boleh terjerumus dalam masalah zina. daripada zina tu, timbul lagi masalah lain.
|
Sabtu, 28 Ogo 2010 12:57 pm |
|
 |
Aishah Ashiyya
Fresh Boarder
Menyertai pada: Sabtu, 28 Ogo 2010 12:16 pm Kiriman: 2
|
sekarang kan,siswa/i fikir,hanya berkawan...bukan pergaulan bebas....ni yang salah....kawan ana sendiri,keluar bershopping,keluar tengok wayang dengan kawan2 lelaki,sebab katanya,ni praktikal bila dah kerja nanti,tak la kekok...dan hanya berkawan...bila membincangkan masalah sosial,takkan habis sebenarnya....dan cara kita nak 'solve'?nak bantu golongan ni? analogi,padi di sawah,di jaga,ditabur baja,diberi racun serangga untuk mengelak rosak padi,tapi belum tentu ia akan elok sempurna....tapi lalang?lalang yang tak dijaga rapi,tumbuh subur....benda baik,nak diterap meresap masuk ke jiwa,'take time'....benda yang tak elok,cepat dan mudah sangat diikuti.... wallahu'alam....ana sendiri dikelilingi persekitaran sebegini.... 
|
Sabtu, 28 Ogo 2010 2:48 pm |
|
 |
d.e.
Fresh Boarder
Menyertai pada: Ahad, 29 Ogo 2010 6:47 pm Kiriman: 1
|

macam mana tak menjadi2 hukum hudud tak dibuat. bukannya orang tak bersalah kena, apa nak susah sangat implement. bahkan pelajar uia pun ada zina. yg lekuk kat zink tu. jgn salah anggap, bukan nak apa cuma highlight betapa serius masalah ni. yg perempuan pun ikutlah sangat bf diorang. ajak gi tempat gelap sikit terus ikut. takut nak bantah apa, bukan suami lagi pun. contoh: tengok cerita sepet. bukan boleh percaya sangat pun sesetengah lelaki. lagi media skang menggila2 cari publisiti pasal benda s**s ni. rog** sikit kuar paper. tengok singapore, bahkan ada yg dah blaja tinggi tak lagi pasal wujudnya kata kerja tu. bukan nak ekstrem cmtu, tapi nak tunjukkan bahawa masih boleh jadi begitu. kita pandai2la amik jalan tengah. ataupun sebab skang akhir zaman?allah lagi tau. tapi...... kenapa perempuan sahaja dipersalah. satu lagi problem adalah perempuan skarang banyak pakai tudung, siapa suruh pakai tudung? islam suruh tutup aurat. lantakla nak lubangkan bawah khemah ker bawak jalan. bajet ikut ajaran islamla kalo tudung tu. skirt, short sleeve tu bajet tak kisah ar.... we need to get free from that mentality
|
Ahad, 29 Ogo 2010 7:10 pm |
|
 |
ikhwanzhaki
Administrator
Menyertai pada: Khamis, 15 Mei 2008 4:26 pm Kiriman: 115 Lokasi: Malaysia
|
ya, saya pernah dengar. zina di UIA. di kampus PJ dan gombak. masya Allah, itulah tanda teruknya masalah ni. universiti nama islam pun tak jamin selamat masalah ni 
|
Ahad, 29 Ogo 2010 10:00 pm |
|
 |
ikhwanzhaki
Administrator
Menyertai pada: Khamis, 15 Mei 2008 4:26 pm Kiriman: 115 Lokasi: Malaysia
|

Ya Allah, makin menjadi-jadi masalah ni
Bayi ditemui dalam beg kertas pada tiang papan tanda
2010/08/29
SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki yang masih hidup dengan badannya dibaluti kain batik ditemui dalam beg kertas di kawasan Pangsapuri Brunsfield di Seksyen 13, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata beg kertas yang memuatkan bayi itu disangkut pada tiang papan tanda di simpang lampu isyarat kawasan kediaman itu.
Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu ditemui oleh orang awam pada jam 5.30 petang. "Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi itu dilahirkan dalam tempoh kurang dari 24 jam dan berdasarkan warna kulit, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu atau Indonesia," , katanya ketika dihubungi di sini, hari ini..
Noor Azam berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.
Sehubungan itu, beliau meminta pengamal perubatan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian 03-55102222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
|
Isnin, 30 Ogo 2010 4:03 am |
|
 |
nurannur
Fresh Boarder
Menyertai pada: Sabtu, 27 Mac 2010 12:39 pm Kiriman: 2
|
masalah ini, bagaikan tiada kesudahan. buang bayi, natijah daripada masalah- masalah 'akar' yang tak diselesaikan. solusinya ada, tapi perlaksanaannya mengecewakan. wallahu a'lam.
|
Sabtu, 18 Dis 2010 3:34 pm |
|
|