Kiriman tidak dijawab | Topik aktif Waktu sekarang ialah Ahad, 20 Okt 2019 3:46 pm



Jawab topik  [ 1 kiriman ] 
Banjir Pakistan 2010 
Pengarang Mesej
Administrator
Administrator
Avatar pengguna

Menyertai pada: Khamis, 15 Mei 2008 4:26 pm
Kiriman: 115
Lokasi: Malaysia
Jawab dengan petikan


Saudara-saudari Islam kita di Pakistan ditimpa ujian pada tahun ini dengan banjir besar. Banyak kematian, kemusnahan harta benda dan penyakit dilaporkan.

Sebagai orang yang mengaku beriman, memang perlu kita untuk bantu mereka dengan apa sahaja kemampuan yang ada. Segera bertindak, sekarang, insya Allah...

Berita berikut diambil daripada Berita Harian:

72,000 kanak-kanak kebuluran


2010/08/29


PENDUDUK daerah Sangi dekat Sukkur, selatan Pakistan, merayu bantuan makanan dan air bersih ketika lari dari banjir, semalam.
PBB gusar kekurangan bekalan, dua lagi pekan di Pakistan diancam banjir

KARACHI: Dua lagi pekan di selatan Pakistan diancam banjir besar semalam, sebulan selepas bencana itu bermula, sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran berpuluh-puluh ribu kanak-kanak yang menghadapi risiko kematian akibat kekurangan zat makanan.

PBB berkata, pekerja bantuan semakin bimbang dengan penyakit dan kebuluran, terutama di kalangan kanak-kanak di kawasan terbabit, yang menghadapi kekurangan zat makanan.
“Kami bimbang penularan penyakit yang dibawa air, termasuk cirit-birit, dehidrasi dan kekurangan zat makanan,” kata Pegawai UNICEF, Karen Allen dalam satu kenyataan.

Penyelaras kemanusiaan PBB, Martin Mogwanja berkata tindak balas antarabangsa kepada bencana itu mesti lebih tegas.

“Jika tiada apa yang dilakukan, adalah dianggarkan 72,000 kanak-kanak, yang kini terjejas di kawasan yang dinaiki air menghadapi risiko kematian akibat kebuluran,” katanya.

Banjir itu adalah bencana alam paling teruk Pakistan dari segi kemusnahan dan jumlah manusia terbabit.
Lebih enam juta orang kehilangan tempat tinggal dan sejuta daripada mereka terpaksa meninggalkan rumah sejak beberapa hari lalu apabila air mengalir ke selatan.

Bencana itu mengorbankan kira-kira 1,600 orang, mengakibatkan kemusnahan berbilion dolar kepada rumah, infrastruktur dan sektor pertanian selain menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan yang berhempas pulas untuk menangani keadaan berkenaan.

Air mulai surut di kebanyakan tempat di seluruh negara itu ketika ia mengalir ke selatan, tetapi ombak kuat di Laut Arab bermakna ia masih boleh mengancam beberapa pekan di wilayah Sindh, seperti Thatta, kira-kira 70 kilometer di timur Karachi.

Paras air yang tinggi memecah benteng Sungai Indus berhampiran Thatta dan melimpah keluar dari sebuah terusan. – REUTERS


Isnin, 30 Ogo 2010 4:49 am
Profil YIM
Papar kiriman sejak:  Susun mengikut  
Jawab topik   [ 1 kiriman ] 

Siapa dalam talian

Pengguna yang melayari forum ini: Tiada pengguna berdaftar dan 1 tetamu


Anda tidak boleh mengirim topik baru dalam forum ini
Anda tidak boleh menjawab topik dalam forum ini
Anda tidak boleh menyunting kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh menghapuskan kiriman anda dalam forum ini
Anda tidak boleh mengirim lampiran dalam forum ini

Cari:
Lompat ke:  
cron